Wednesday 23 April 2014

KEPENTINGAN AIR DEMI KESIHATAN

Assalamualaikum..

Air merupakan elemen paling penting untuk tubuh kita. Air memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Kira-kira 55-57% dari berat badan kita terbentuk daripada air. Manakala 70% dari tubuh kita terdiri daripada air.



Mengapakah air penting untuk tubuh?
1) Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang untuk disingkirkan dari tubuh.

2) Air menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel-sel seluruh badan.

3) Ia merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel rosak, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu.

4) Air liur yang terhasil daripada air membantu pencernaan makanan bagi mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

5) Ia memastikan sel-sel tubuh kita sentiasa lembap, sihat serta berfungsi secara optimum.

6) Membantu perkembangan otak yang baik dan sihat kerana air diperlukan oleh otak untuk menghasilkan hormon dan neurotransmiter.

7) Air sebagai pelincir sendi dan rawan, serta sebagai bahan penyerap hentakan yang bagus untuk otak dan saraf tunjang kita.



Wow!! Air sangat penting untuk kesihatan tubuh kita kan..
Malas nak minum air?? So, dah tahu kepentingan air demi kesihatan kita, ubahlah sikap dan beri perhatian tentang kepentingan meminum air secukupnya.

Apa terjadi sekiranya tidak meminum air secukupnya?
- Boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang kerana buah pinggang terpaksa berkerja keras untuk menyingkirkan toksin dari tubuh kita.
- Menjejaskan proses penyerapan dan penghantaran nutrien dan oksigen ke sel-sel seluruh tubuh.
- Badan cepat rasa keletihan pada waktu siang terutamanya yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas serta kerisauan tanpa sebab munasabah.
- Mengganggu konsentrasi, otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur serta sukar mengira kerana otak memerlukan air untuk membantu fungsinya.
- Mudah rasa mengantuk selepas makan kerana air digunakan untuk proses pencernaan, maka bekalan oksigen ke otak berkurangan.
- Mengalami masalah kulit kering dan masalah takungan air dalam tubuh.


Apakah rekomendasi pengambilan air yang mencukupi untuk sehari?
Kita disarankan agar meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari.


Untuk lagi mudah, mungkin boleh cuba cara seperti gambar berikut supaya kita minum air secukupnya:



Badan akan kehilangan air melalui beberapa cara:
- 50% melalui air kencing
- 34% menerusi peluh
- 14% daripada pernafasan
- 2% melalui najis.

Air dapat mengurangkan berat badan?
Kita selalu ingin mengurangkan berat badan terutamanya wanita. Jika mahu mengurangkan berat badan, amalan meminum banyak air kosong adalah jalan terbaik. Ini kerana air menjadi elemen penting untuk meningkatkan metabolisme badan serta mempercepatkan proses pembuangan lemak. Apabila kita rasa lapar, cuba kita minum air. Kita akan rasa sedikit kenyang bukan? Lagipun air tidak mengandungi kalori. Untuk lebih berkesan, apa kata kita minum air kosong (jangan pula minum air manis) sebelum makan. Kita akan berasa cepat kenyang, dengan itu kita tidak akan makan dalam jumlah yang banyak. Senang bukan?

So, mari kita mula amalkan minum air kosong yang secukupnya setiap hari, bermula hari ini!! Bukan untuk kecantikan sahaja, yang paling penting demi kesihatan kita.

Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama 8 minggu, tetapi tanpa air, manusia akan mati dalam masa 3 hari.



Your Trusted Shaklee Independent Distributor,
SYAREENA
010-2207981
FB: healthysakura



No comments:

Post a Comment