Tuesday 10 June 2014

SHAKLEE PERFORMANCE - MENGELAK DEHIDRASI

Assalamualaikum..

Sekarang ini, keadaan cuaca tak menentu. Sebelum ni, kita diberitahu tentang fenomena El-Nino, iaitu cuaca panas berpanjangan bermula bulan Jun/Julai dan dijangka boleh berterusan sehingga 18 bulan. MasyaAllah..

Hujung minggu lepas, saya sekeluarga telah pergi bercuti ke Melaka. MasyaAllah, cuacanya panas yang amat. Tiada hujan, dengan keadaan panas terik sehingga rasa terbakar kulit ni. Tambahan bersama-sama dengan anak-anak, lagilah kita risau tentang kesihatan mereka kan. Cuaca terlalu panas boleh sebabkan demam.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan nasihat kesihatan kepada orang awam mengenai masalah yang timbul ekoran cuaca panas yang berpanjangan. Cuaca panas bukan perkara yang boleh diambil ringan kerana ianya boleh  mendatangkan masalah kesihatan, kemudaratan dan paling menakutkan menyebabkan kematian terutamanya kepada kanak-kanak dan warga emas. Masalah kesihatan yang disebut 'heat stroke' atau strok haba.

Di bawah ini disertakan poster nasihat kesihatan daripada KKM.



Seperti dinyatakan di atas, gejala-gejala yang timbul jika cuaca terlalu panas adalah seperti pening, keletihan berlebihan, hilang tumpuan, sakit kepala, lemah otot-otot/kekejangan, mual dan muntah. Untuk elakkan dari mengalami gejala-gejala berikut, kita dinasihatkan untuk banyak minum air (air kosong/isotonik, bukan air manisan ye), berada di kawasan yang redup/sejuk, memakai pakaian yang longgar dan tidak menyerap haba dan lain-lain.

Di pasaran, terdapat minuman berisotonik yang dijual selalunya adalah berkarbonat. Oleh itu, saya lebih menyukai produk minuman dari Shaklee iaitu PERFORMANCE DRINK. Saya nak cerita sedikit pasal Performance Drink dari Shaklee ni.


Shaklee Performace Eksklusif Opti-Lyte membantu penghidratan sempurna dan mengekalkan tenaga. Dalam tubuh kita, elektrolit adalah penting dalam menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf-saraf dan otot-otot badan. Shaklee Performance mengandungi elektrolit & mineral iaitu Sodium (Na+), Klorid (Cl+), Magnesium (Mg+), Kalsium (Ca+) dan Potasium (K+). Elektrolit-elektrolit ini berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan cecair badan. Shaklee Performance juga mengandungi karbohidrat ringkas iaitu glukos dan fruktos yang berfungssi membekalkan tenaga serta merta dan Maldodekstrin yang membekalkan tenaga berterusan.

Kandungan setiap 3 sudu besar Performance boleh rujuk di sini :
http://sakura-drsyareena.blogspot.com/p/blog-page_24.html

Kebaikan yang terdapat dalam Shaklee Performance ialah:
1) Ia dapat mencegah dehidrasi.
2) Mengurangkan kekejangan.
3) Meningkatkan prestasi ahli sukan.

Shaklee Performance ini direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Namun, kini ia juga merupakan pilihan para atlet bertaraf antarabangsa & pengembara terkemuka dunia kerana ia membekalkan tenaga ketika bersukan atau mengembara.

Pastinya, Shaklee Performance ini sangat sesuai untuk kita, tidak kira peringkat usia, ketika cuaca panas sekarang ini. Selain itu, sesuai juga diambil ketika bulan puasa yang bakal menjelma. Selalunya saya akan bancuh dalam satu jug, kemudian disejukkan di dalam peti sejuk dan diminum oleh seisi keluarga bila perlu. :-)

Dan semestinya, semua produk Shaklee adalah selamat dan terbukti berkesan secara klinikal. Kajian klinikal yang dijalankan bagi produk Shaklee Performance ini boleh rujuk ke link di bawah:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed

Untuk pembelian, boleh klik ke link dibawah:
www.shaklee2u.com.my/performancedrink (pembelian terus dari syarikat Shaklee)

Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee, konsultasi, atau pembelian terus dari saya, hubungi saya:

Pengedar Sah Shaklee,
SYAREENA
whatsapp/sms 010-2207981
syareena@gmail.com
FB : www.facebook.com/healthysakura

No comments:

Post a Comment