Wednesday 5 March 2014

RISIKO KOLESTEROL TINGGI




Hypercholesterolemia merupakan istilah perubatan yang bermaksud paras kolesterol yang tinggi di dalam darah. Kolesterol amat diperlukan oleh tubuh tetapi paras yang tinggi dalam tubuh boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Kolesterol adalah lemak yang tidak larut dalam air. Oleh itu, ianya diangkut oleh lipoprotein-lipoprotein (yang berlainan density) ke seluruh tubuh badan. Dalam tubuh kita terdapat LDL (low density lipoprotein) dan HDL (high density lipoprotein). LDL dianggap kolesterol jahat manakala HD dianggap kolesterol baik.

 
Punca kolesterol tinggi boleh disebabkan oleh penyakit keturunan iaitu familial hypercholesterolemia, penyakit-penyakit seperti diabetes, hypothyroidisme, pemakanan yang tinggi lemak, obes, gaya hidup yang kurang bersenam atau ubat-ubatan yang diambil.

Apakah tanda & simptom tinggi kolesterol ini?
Kebiasaannya, ia tidak mempunyai sebarang tanda atau simptom. Oleh itu kebanyakan daripada mereka tidak sedar bahawa paras kolesterol mereka adalah tinggi.

Paras kolesterol yang tinggi untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan keadaan dipanggil atherosclerosis iaitu pemendapan kolesterol pada salur darah yang menyebabkan penyempitan salur darah. Oleh yang demikian, tanda & simptom akan muncul disebabkan penyempitan salur darah terutamanya arteri.


Antara tanda-tanda tersebut:
# Sakit dada/angina, serangan sakit jantung kerana penyempitan arteri koronari pada jantung
#  Sakit kepala, masalah penglihatan, masalah percakapan, lemah anggota badan, serangan stroke  kerana penyempitan arteri di otak.
# Sakit betis ketika berjalan kerana penyempitan arteri di kaki.
# Sakit perut selepas makan kerana penyempitan arteri di usus.
# Xanthelasma – tompokan kuning mengandungi kolestrol terdapat pada sekeliling mata.
# Arcus senilis – lingkaran putih/kelabu di sekeliling luar kornea.

So, apakah paras kolesterol yang baik untuk kesihatan?



Total cholesterol
(U.S. and some other countries)
Total cholesterol*
(Canada and most of Europe)

< 200 mg/dL
< 5.2 mmol/L
Desirable
200-239 mg/dL
5.2-6.2 mmol/L
Borderline High
≥ 240 mg/dL
≥ 6.2 mmol/L
Tinggi High



LDL cholesterol
(U.S. and some other countries)
LDL cholesterol*
(Canada and most of Europe)

< 70 mg/dL
Below 1.8 mmol/L
Ideal for people at very high risk of heart disease
< 100 mg/dL
Below 2.6 mmol/L
Ideal for people at risk of heart disease
100-129 mg/dL
2.6-3.3 mmol/L
Near ideal
130-159 mg/dL
3.4-4.1 mmol/L
Borderline high
160-189 mg/dL
4.1-4.9 mmol/L
High
≥ 190 mg/dL and above
≥ 4.9 mmol/L
Very high

HDL cholesterol
(U.S. and some other countries)
HDL cholesterol*
(Canada and most of Europe)

< 40 mg/dL (men)
< 50 mg/dL (women)
< 1 mmol/L (men)
< 1.3 mmol/L (women)
Poor
40-49 mg/dL (men)
50-59 mg/dL (women)
1-1.3 mmol/L (men)
1.3-1.5 mmol/L (women)
Better
≥ 60 mg/dL
≥ 1.6 mmol/L
Best

Triglycerides
(U.S. and some other countries)
Triglycerides*
(Canada and most of Europe)

< 150 mg/dL
< 1.7 mmol/L
Desirable
150-199 mg/dL
1.7-2.2 mmol/L
Borderline high
200-499 mg/dL
2.3-5.6 mmol/L
High
≥ 500 mg/dL
≥ 5.6 mmol/L
Very high




Artikel di atas menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi terutama kepada golongan muda. Paras kolesterol yang tinggi tidak baik untuk kesihatan kerana ia meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, serangan penyakit ahmar/strok, masalah buah pinggang dan lain-lain lagi.


Apakah langkah-langkah yang boleh kita lakukan untuk mengawal paras kolesterol ini?

1) Diet dan Pemakanan : Mengambil diet yang sihat seperti kurang kolesterol/lemak, rendah karbohidrat, makanan tinggi serat seperti oat, atau pengambilan kacang soya.
 

2) Senaman serta gaya hidup yang aktif.

3) Mengurangkan berat badan supaya mencapai BMI yang ideal. (BMI 18.5 - < 23kg/m2)

4) Tidak Merokok.

5) Tidak mengambil minuman beralkohol.

6) Lain-lain seperti pengambilan asid lemak Omega-3 samada dari sumber makanan seperti ikan laut dalam atau dari suplemen.




CADANGAN SUPPLEMEN DARI SHAKLEE.

Shaklee mempunyai beberapa supplemen yang boleh diambil sebagai langkah dan usaha kita untuk mengawal paras kolesterol dalam darah iaitu:

1) OmegaGuard

2) Lecithine

3) Garlic Complex 



SYAREENA
010-2207981
FB: www.facebook.com/healthysakura

No comments:

Post a Comment