Monday 18 August 2014

Bahan Kimia Bahaya dari Persekitaran

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang oleh Allah utk saya hidup di muka bumi ini.

Kesihatan diri adalah nikmat paling berharga untuk kita. Bayangkan, kalau kita ada banyak duit tapi sakit, kita rasa tak seronok. Hilang semua nikmat memakan makanan yang sedap, nikmat berjalan-jalan dan nikmat berkerja. Nak beribadat pun tak dapat, bukan. Selain kesihatan diri, kesihatan dan kebersihan persekitaran juga penting. Persekitaran sihat dan bersih, menjamin kesihatan diri kita.

Kita selalu mulakan harian kita dgn gaya hidup yang sihat seperti pemakanan sihat, bersenam, melakukan kerja-kerja rumah bagi membakar kalori, mengambil suplemen, serta minum air yang mencukupi. Tapi kita terlupa yang kita terdedah kepada bahan-bahan kimia dari persekitaran kita setiap hari. Sedar tak? Terutama wanita dan surirumah yang setiap hari pasti akan terdedah kepada bahan kimia ni. Siapa yang tak pernah basuh pinggan, basuh baju, mengemop lantai, lap perabot, lap tingkap, syampoo rambut dll.. Semua ada buat kan.. Tau tak dalam bahan-bahan pencuci tu semua mengandungi bahan kimia (walaupun hanya dlm kuantiti yang sikit). Berapa lama dah kita terdedah? Pastinya sejak kecil. So, dah bertahun-tahun.. Bukan setakat bahan pencuci sahaja, malah bahan kimia ini boleh didapati dalam makanan yang kita makan, sayuran, buah-buahan, pakaian yang kita pakai, barangan peribadi kita dan juga udara yg kita hirup dan air yang kita minum!!



Menurut Environment Protection Agent (EPA) telah mengesan lebih dari 84000 bahan kimia digunakan di pasaran. Bahan-bahan kimia ini telah menjadi sebahagian dari gaya hidup kita setiap hari. Walau sebersih mana persekitaran kita, ia agak mustahil untuk elak daripada terdedah dgn bahan kimia ini. Bahan-bahan kimia ini memberi bebanan kepada hati kita dan sistem detoksifikasi tubuh kita. Sistem ini sangat penting kerana tubuh kita berperanan menyahtosikan bahan kimia untuk disingkirkan dari tubuh.




Jom kita tgk antara bahan-bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakkan bahan pencuci kita di rumah:


Bahan Kimia
Dijumpai
Di
Potensi 
Kesan Merbahaya
Phthalates Pelarut utk pewangi Gangguan hormon - Lelaki yg mempunyai paras phthalates dlm darah boleh menyebabkan bilangan sperma berkurangan
Perchloroethylene (PERC Pencuci 'dry-cleaning', pencuci karpet. EPA mengklasifikasikan PERC sebagai kemungkinan bahan karsinogen
Triclosan Bahan antibakteria dalam sabun dan pencuci pinggan Boleh menyebabkan penghasilan bakteria resistant ubat dan menganggu kestabilan hormon tubuh
2-Butoyethanol Terdapat dalam pencuci tingkap, memberi bau wangi Bahan iritasi bila dihidu, pada paras tinggi boleh menyebabkan kerosakan peparu, hati dan ginjal
Ammonia Dalam kebanyakan produk pencuci Bila dihidu akan menberi kesan iritasi pada peparu dan berpotensi memburukkan keadaan asma
Clorine Terdapat dalam pencuci tandas, bhn menghilangkan lumut, pencuci kain dan dalam air paip Bahan yg sgt reaktif dan mengiritasikan kulit & ginjal. Ia mungkin merosakkan thyroid
Asid Hidroklorik Terdapat dalam produk pencuci, bahan pelembut kain, bahan pewarna Mengiritasikan kulit, salur pernafasan (jika dihidu), salur pemakanan (jika tertelan) dan boleh merosakkan mata.
Silicone Bahan kosmetik Menyebabkan reaksi alergi, ekzema, memburukkan jerawat
(credit info : Shaklee Health Wise)

Haa.. tu baru sedikit dari bahan-bahan kimia yg beribu2 di pasaran atau di persekitaran kita ni..
Yang lain-lain:


Amacam? Banyak kan.. :-(.. Tu sebab skrg ni ada macam2 penyakit dan semakin ramai orang menghidapi kanser.  Tak caya?

Mungkin kita tak mampu nak menghindari semua bahan kimia ni, tapi sekurang-kurangnya kita mencuba menukarkan produk-produk yang ada sekarang kepada produk-produk yang berasaskan bahan semulajadi (organik/natural) tanpa bahan-bahan kimia seperti SET GET CLEAN dari SHAKLEE. Ia tidak mengandungi bahan kimia yang disebutkan di atas dan ianya berasaskan bahan semulajadi.

 

Ini antara produk-produk barangan kegunaan rumah yang pastinya berasaskan sumber semulajadi tumbuhan. Ianya Selamat, Semulajadi dan pastinya Berkesan.

Okeyla, untuk lebih lanjut pasal GET CLEAN SET ni, di next entri nanti k..:-)
Tapi, if nak tahu lebih detail, boleh hubungi saya, sembang2 kesihatan:

Syareena (Pengedar Sah Shaklee)
whatsapp/telegram 010-2207981
FB: www.facebook.com/healthysakura
Cash On Delivery : Kuching
Pos seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment