Thursday 20 February 2014

OBESITI DAN KESIHATAN



 
Obesiti merupakan salah satu masalah besar yang sedang berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Malaysia kini menduduki tempat pertama di antara Negara SEA dan tangga ke-6 di kalangan Negara Asia untuk masalah obesiti di kalangan rakyatnya. 




Kajian dari WHO pada tahun 2010 mendapati 60% daripada rakyat dewasa Malaysia (>18tahun) mempunyai BMI >25 (iaitu mempunyai berat badan berlebihan @ overweight). Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, 3 juta rakyat Malaysia adalah obes dan jumlah ini semakin meningkat setiap tahun.



Selain itu, keadaan ini juga semakin membimbangkan kerana bilangan kanak-kanak ‘overweight’ semakin meningkat.


Apa itu obesiti?
Obesiti adalah keadaan tubuh yang berlebihan lemak badan. Obesiti boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan kerana banyak penyakit kronik disebabkan oleh obesiti. Lelaki yang mempunyai lemak tubuh >25% manakala wanita >35% boleh dianggap sebagai obes.






Punca obesiti dikenalpasti disebabkan oleh gaya hidup yang kurang bersenam, sibuk dengan kerjaya, pengambilan makanan seperti ‘fast food’ atau pemakanan tidak seimbang serta kurang kesedaran tentang kepentingan kesihatan yang baik. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa punca lain yang menyebabkan obesiti seperti penyakit endokrin (penyakit disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon), genetik/keturunan, atau pengambilan ubat-ubatan/hormon.


Bagaimana menentukan seseorang itu obes?
Pengiraan yang biasa dan paling luas digunakan untuk menentukan tahap obesiti seseorang adalah melalui pengiraan BMI (Body Mass Index).

BMI =  Berat (dalam kg) / tinggi x tinggi (dalam meter)

Mengikut klasifikasi WHO, tahap obesiti seseorang diklasifikasikan seperti berikut:

Klasifikasi
BMI (kg/m2)
Risiko penyakit kronik
Underweight
<18.5
Rendah
Normal
18.5 - 22.9
Meningkat tetapi boleh diterima
Overweight:
≥23

Pre-obese
23.0 - 27.4
Meningkat
Obese I
27.5 - 34.9
Tinggi
Obese II
35.0 - 39.9
Makin Tinggi
Obese III
≥40.0
Sangat Tinggi


Cara kedua pengiraan obes adalah melalui pengiraan Ukur Lilit Pinggang (Waist Circumference).
Mengikut rekomendasi WHO, pengiraan Ukur Lilit Pinggang adalah seperti berikut:
Lelaki > 90cm
Perempuan > 80cm
Peningkatan ukuran lilit pinggang melebihi ukuran yang ditetapkan akan meningkatkan risiko penyakit kronik bagi mereka yang obes. 




Apakah komplikasi dari obesiti itu?
Obesiti dikenalpasti merupakan faktor risiko utama atau boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Semakin obes seseorang itu, semakin tinggi risiko baginya mendapat penyakit-penyakit tersebut. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti seperti diabetes, sakit jantung, tekanan darah tinggi, osteoarthritis, gout, strok dan juga kanser. 




!!!



Oleh yang demikian, amat penting bagi kita untuk memelihara kesihatan diri dan berusaha untuk tidak tergolong dalam kategori OBES.



Bagaimana nak mengatasi masalah obesiti ini?
Tak lain dan tak bukan, kita haruslah mengurangkan berat badan. Kenapa? Berat badan atau BMI yang normal akan mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang telah disebutkan tadi. Malah, ia dapat mengawal tekanan darah normal, mengurangkan paras kolesterol dalam darah, mengurangkan risiko penyakit diabetes & osteoarthritis serta mengurangkan risiko kematian disebabkan oleh obesiti.



Antara cara-caranya:
1) Meningkatkan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu 30 minit sehari. Bersenam adalah cara terbaik untuk membakar lemak serta membina otot-otot badan.

2) Pengambilan makanan yang sihat iaitu mengurangkan pengambilan makanan tinggi lemak & manis, atau mengambil makanan rendah kalori, serta banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

 

3) Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas / 2 liter sehari kerana boleh membuatkan kita rasa kenyang serta mengurangkan nafsu makan.



 4) Pengambilan makanan yang kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit setiap kali makan.


Jangan jadi macam ini:
:-)




OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK & REMAJA

Selain dari orang dewasa yang obes, kini, Malaysia juga mengalami keadaan dimana kana-kanak juga semakin obes. Ini amat membimbangkan kerana kanak-kanak yan obes akan menjadi dewasa yang obes jika tidak dikawal.


Dikhuatiri kanak-kanak atau remaja tersebut akan menghadapi pelbagai masalah seperti masalah kesihatan, psikososial dan lain-lain apabila mereka dewasa kelak.
Berikut adalah antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi obes:




Antara risiko dan komplikasi yang boleh dihadapi oleh kanak-kanak obes:



Antara tips yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk mengawal kanak-kanak dari menjadi seorang yang obes:
- Menghormati selera anak-anak anda : iaitu tidak memaksa mereka menghabiskan makanan atau susu yang diminum.
- Menghindari anak-anak dari memakan makanan yang tinggi kandungan gula.
- Menghadkan penyimpanan makanan tinggi kalori di rumah.
- Menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan dan bermain.
- Menghadkan anak-anak dari menonton tv atau bermain permainan komputer.
- Bersama-sama melakukan aktiviti senaman dengan anak-anak seperti bersukan, atau melakukan aktiviti luar rumah.
- Menyediakan makanan yang sihat dan seimbang serta rendah kalori dan tinggi kandungan fiber.
- Tidak menawarkan gula-gula sebagai rangsangan untuk menggalakkan anak-anak menghabiskan makanan mereka.
- Tidak memberikan 'junk food' atau makanan sebagai hadiah atau untuk menenangkan anak-anak.


Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting demi menjaga kesihatan anak-anak. Jangan pula kita kerana sayang dan kesian pada anak-anak lalu diikutkan kehendak anak-anak yang inginkan makanan rapu atau gula-gula. Ingin melihat anak mereka comel, lalu diberikan makan macam-macam. 
Anak yang obes bukan anak yang comel.


Tukarkan ini :


Kepada ini:


Bersama-sama menjaga kesihatan supaya membentuk generasi yang sihat, ceria dan berjaya!! :-)


Shaklee Indepedent Distributor
SYAREENA
010-2207981
syareena@gmail.com


Wednesday 5 February 2014

MENGAPA SAYA PILIH SHAKLEE..


Assalamualaikum..

Entri kali ini saya nak ceritakan kenapa saya pilih produk Shaklee. Kenapa bukan produk jenama lain. Padahal ada antara kita termasuk diri saya mungkin menganggap semua supplemen itu sama. Secara jujurnya, saya mula mengambil Shaklee berdasarkan testimoni orang ramai mengenai produk ini. Namun,saya turut 'google' dalam internet untuk mengetahui lebih detail mengenai produk serta kandungan produk yang saya ambil. Ini kerana saya tidak mahu mengambil sesuatu produk yang boleh memberi kesan pada diri dan juga pada anak saya, kerana saya memberi susu badan pada anak saya.

Namun, bila kita dah rasa keberkesanannya, pastinya kita nak lebih tahu pasal produk ini kan. So, tanpa teragak-agak saya terus menjadi ahli untuk mendapat lebih banyak 'benefit' seperti mendapat harga ahli dan ganjaran-ganjaran lain. :-). Ini kerana saya tahu yang saya akan terus mengambil supplemen dari Shaklee ini.

Sekarang ini, banyak produk kesihatan berada di pasaran. So, mana satu pilihan kita? Takkan nak pakai ambil je kan..

Ok, bila dikaji tentang Shaklee ni, produk Shaklee ini dah ada lebih 50 tahun iaitu sejak tahun 1915 dimana ia memformulasikan vitamin vitalized yang pertama oleh Dr Forrest C. Shaklee. Dan sejak itu, makin banyak produk nutrisi Shaklee telah diformulasikan. Namun begitu, penghasilannya bukanlah sebegitu sahaja. Lebih 100 kajian saintifik berkaitan dengan produk Shaklee telah dijalankan dan 90 daripadanya telah diterbitkan dalam jurnal peer-review bagi membuktikan keberkesanan produk Shaklee. Antaranya telah diterbitkan dalan jurnal saintifik yang berprestij seperti American Journal of Clinical Nutrition, American Journal of Cardiology, Journal of Applied Physiology and Journal of the American College of Nutrition. Malah Shaklee telah menunjukkan salah satu bukti kajian saintifik yang telah mereka lakukan iaitu 'The Landmark Dietary Supplement Study' yang telah diterbitkan pada 24 Oktober 2007. Jurnal lengkap boleh dibaca di sini : http://www.nutritionj.com/content/pdf/1475-2891-6-30.pdf . Ok, tak nak cakap detail pasal kajian saintifik tu. Tapi, apabila sesebuah syarikat nutrisi itu berjaya menerbitkan jurnal kesihatan, maka ini menunjukkan yang produk mereka adalah baik dan selamat serta terbukti dari segi klinikalnya.

Sesuatu produk yang baik pasti akan dapat bertahan sehingga begitu lama di kalangan pengguna. Begitu juga Shaklee. Mungkin saya agak terlewat untuk mengenali produk Shaklee kerana apabila ditanya kepada yang pernah menggunakannya, ada yang mengatakan telah mengetahui produk Shaklee sejak 20 tahun yang lalu. Bayangkan, di Malaysia saja telah dikenali sejak 20 tahun yang lalu. So, semestinya Shaklee adalah produk yang baik, kalau tidak, masakan dapat bertahan sehingga kini, betul tak?? Maka, bolehlah dikatakan 'Menukar Jenama Boleh Mengubah Kehidupan Anda'.

Maka, moto Shaklee iaitu Always SAFE, Always WORKS, Always GREEN  tidak diragui lagi.

"Dr. Shaklee said they would never make a product that could ever hurt a human cell. Shaklee has never had a recall in the almost 50 years of its existence."


Bagi mendapatkan hasil kesihatan yang optimum selain dari pemakanan dan gaya hidup yang sihat, pemilihan supplemen yang berkualiti juga amat penting.

The Best of Science + the Best of Nature = Best of Quality THIS IS SHAKLEE



Harus ditekankan, Shaklee adalah nutrisi tambahan/supplemen untuk menjaga kesihatan dan ianya bukan ubat-ubatan. Pengambilan supplemen adalah untuk jangka masa panjang serta konsisten dan kesannya bukan dapat dilihat dalam tempoh masa yang pendek. Sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit tertentu, dapatkan rawatan doktor dan dapatkan konsultasi dari doktor anda sekiranya anda ingin mengambil sebarang supplemen.


Untuk keterangan lanjut mengenai produk nutrisi Shaklee:

Shaklee Independent Distributor
SYAREENA
Whatsapp/sms 010-2207981
syareena@gmail.com