Wednesday 18 June 2014

HOMESTAY COCOBAY APARTMENT PORT DICKSON

Assalamualaikum..

Cuti sekolah hari tu saya sekeluarga pergi bercuti rehat di Port Dickson. Bawa anak-anak mandi kolam dan laut.. Request dari anak sulung Hazwan katanya nak mandi kolam. So, kami bermalam di homestay Cocobay Apartment milik ayah saya. Nak promo sikit homestay ni..hehe

Homestay Cocobay Apartment di level G

 Homestay Cocobay Apartment di Port Dickson ni terletak di Bt 7, Telok Kemang. Ia berhampiran dengan Pantai Purnama dan hanya 1-2km dari pantai Telok Kemang. Apartment ini mempunyai 1 bilik tidur utama, ruang tamu, dapur dan 1 bilik air. Dilengkapi dengan penghawa dingin di ruang tamu & bilik tidur, tv, peti sejuk, periuk nasi dan cerek. 
  
 

Cocobay apartment terletak di tepi jalan utama. Tak berapa jauh dari pantai purnama. Boleh jalan kaki dlm 5 minit sampai ikut pintu pagar belakang. Yang buat anak saya suka datang sini sebab ada kolam mandi. Kolam dewasa dan kanak-kanak. Bebas bermandi-manda di kolam pada waktu siang. Tapi, sila awasi anak anda ketika bermandi-anda ye sebab takde life guard yang jaga,,:-). Selain itu, di sekitar apartment terdapat taman permainan kanak2, tennis court, badminton court dan tempat berbarbeque.

Ni permandangan dari apartment. 
 
 
 

Jangan risau tentang keselamatan di sekitar kawasan apartment ini kerana dikawal oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Ianya juga sesuai untuk mereka yang sukakan privasi dan tidak suka suasana yang bising. Selain itu, tak susah nak cari tempat makan sbb banyak kedai makan berdekatan dengan apartment ni.

Sewa dgn harga rm170 semalaman (weekend & public holidays).

Utk tempahan homestay, boleh hubungi/whatsapp 
En Hassan Senawi 013-3407446.





No comments:

Post a Comment