Thursday 24 April 2014

ANUGERAH SIHAT, ANUGERAH TIDAK TERNILAI..

Assalamualaikum..

Tidak ada siapa yang mahu sakit. Semua mahukan kesihatan yang baik kan..Tak dinafikan, anugerah sihat merupakan anugerah yang tidak ternilai.

Saya terbaca satu artikel, very shocking. Menurut artikel tersebut, kematian pra-matang (usia bawah 40 tahun) di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dan membimbangkan. Ini disebabkan peningkatan penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD). Apa itu penyakit tidak berjangkit? Iaitu penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain.

Data dari National Health & Morbidity Survey (NHMS) Tahun 2011 menunjukkan peningkatan prevalens penyakit NCD dan faktor risiko NCD. Menurut data tersebut, anggaran di kalangan rakyat Malaysia dewasa adalah :
- 2.6 juta mempunyai penyakit diabetes
- 5.8 juta menghidap darah tinggi
- 6.2 jut menghidap hiperkolesterolemia
- 2.5 juta adalah obes.

Penyakit tidak berjangkit merupakan pembunuh no 1 di seluruh dunia yang dianggarkan 2/3 populasi manusi menghidapinya.

Wow!! menakutkan bukan.. Adakah anda termasuk dalam kiraan tersebut?

Kini, perbelanjaan perubatan juga semakin meningkat. Ubat-ubatan semakin mahal, kos kemasukan ke hospital pun meningkat.. Kalau masuk hospital swasta, beribu-ribu wang terpaksa dibelanjakan kalau tidak mempunyai insuran kesihatan. Tetapi setakat mana insurans dapat menampung perbelanjaan ubat-ubatan sekiranya kita terpaksa bergantung kepada ubatan tersebut sepanjang hayat kita? Ditambahkan lagi dengan penguatkuasaan GST terhadap ubat-ubatan bermula April 2015 nanti, makin tinggilah kos perbelanjaan untuk rawatan kesihatan.


Marilah kita, bermula saat ini, sekarang, kita ubah cara hidup kita dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Mengambil pemakanan yang seimbang, gaya hidup yang aktif seperti bersenam, buang gaya hidup yang sedentari, serta kurangkan tekanan dalam kehidupan seharian. Juga, melaburlah sedikit wang untuk pembelian suplemen bagi menampung keperluan nutrisi seharian. Suplemen-suplemen tersebut adalah untuk memastikan kesihatan kita terjaga. Pilih suplemen yang terbaik dan selamat untuk diri anda. Kita hanya mempunyai satu tubuh sahaja, dan kesihatan adalah untuk sepanjang hayat.

Tetapi ingat, suplemen bukan penentu kita tidak akan mendapat penyakit. Yang penting, seperti yang saya katakan tadi mestilah disertakan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Bagi saya, suplemen Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan SENTIASA MESRA ALAM.


Shaklee mempunyai pelbagai produk supplemen yang bersesuai dengan keperluan kita bagi memelihara kesihatan samada untuk dewasa atau kanak-kanak.

Sekiranya anda inginkan lagi penjimatan bagi pembelian produk Shaklee, sertailah saya sebagai ahli shaklee yang memberi penjimatan sebanyak 25% bagi semua produk Shaklee.


Jika berminat dengan produk-produk Shaklee serta inginkan keterangan lebih lanjut produk mana yang lebih sesuai, bolehlah hubungi saya:

SMS/Whatsapp:
SYAREENA
010-2207981
FB: healthysakura

Wednesday 23 April 2014

KEPENTINGAN AIR DEMI KESIHATAN

Assalamualaikum..

Air merupakan elemen paling penting untuk tubuh kita. Air memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Kira-kira 55-57% dari berat badan kita terbentuk daripada air. Manakala 70% dari tubuh kita terdiri daripada air.



Mengapakah air penting untuk tubuh?
1) Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang untuk disingkirkan dari tubuh.

2) Air menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel-sel seluruh badan.

3) Ia merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel rosak, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu.

4) Air liur yang terhasil daripada air membantu pencernaan makanan bagi mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

5) Ia memastikan sel-sel tubuh kita sentiasa lembap, sihat serta berfungsi secara optimum.

6) Membantu perkembangan otak yang baik dan sihat kerana air diperlukan oleh otak untuk menghasilkan hormon dan neurotransmiter.

7) Air sebagai pelincir sendi dan rawan, serta sebagai bahan penyerap hentakan yang bagus untuk otak dan saraf tunjang kita.



Wow!! Air sangat penting untuk kesihatan tubuh kita kan..
Malas nak minum air?? So, dah tahu kepentingan air demi kesihatan kita, ubahlah sikap dan beri perhatian tentang kepentingan meminum air secukupnya.

Apa terjadi sekiranya tidak meminum air secukupnya?
- Boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang kerana buah pinggang terpaksa berkerja keras untuk menyingkirkan toksin dari tubuh kita.
- Menjejaskan proses penyerapan dan penghantaran nutrien dan oksigen ke sel-sel seluruh tubuh.
- Badan cepat rasa keletihan pada waktu siang terutamanya yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas serta kerisauan tanpa sebab munasabah.
- Mengganggu konsentrasi, otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur serta sukar mengira kerana otak memerlukan air untuk membantu fungsinya.
- Mudah rasa mengantuk selepas makan kerana air digunakan untuk proses pencernaan, maka bekalan oksigen ke otak berkurangan.
- Mengalami masalah kulit kering dan masalah takungan air dalam tubuh.


Apakah rekomendasi pengambilan air yang mencukupi untuk sehari?
Kita disarankan agar meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari.


Untuk lagi mudah, mungkin boleh cuba cara seperti gambar berikut supaya kita minum air secukupnya:



Badan akan kehilangan air melalui beberapa cara:
- 50% melalui air kencing
- 34% menerusi peluh
- 14% daripada pernafasan
- 2% melalui najis.

Air dapat mengurangkan berat badan?
Kita selalu ingin mengurangkan berat badan terutamanya wanita. Jika mahu mengurangkan berat badan, amalan meminum banyak air kosong adalah jalan terbaik. Ini kerana air menjadi elemen penting untuk meningkatkan metabolisme badan serta mempercepatkan proses pembuangan lemak. Apabila kita rasa lapar, cuba kita minum air. Kita akan rasa sedikit kenyang bukan? Lagipun air tidak mengandungi kalori. Untuk lebih berkesan, apa kata kita minum air kosong (jangan pula minum air manis) sebelum makan. Kita akan berasa cepat kenyang, dengan itu kita tidak akan makan dalam jumlah yang banyak. Senang bukan?

So, mari kita mula amalkan minum air kosong yang secukupnya setiap hari, bermula hari ini!! Bukan untuk kecantikan sahaja, yang paling penting demi kesihatan kita.

Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama 8 minggu, tetapi tanpa air, manusia akan mati dalam masa 3 hari.



Your Trusted Shaklee Independent Distributor,
SYAREENA
010-2207981
FB: healthysakura



Thursday 10 April 2014

KALSIUM DAN KEPENTINGANNYA

Assalamualaikum,

Apa itu kalsium? Kalsium adalah mineral penting yang diperlukan oleh tubuh untuk kelancaran pelbagai fungsi dalam tubuh.

Apakah fungsinya?
1) Pembentukan tulang dan gigi serta mengekalkan kesihatan serta kekuatan tulang dan gigi.
2) Membantu proses pembekuan darah.
3) Untuk transmisi impul saraf.
4) Memastikan kenormalan rentak degupan jantung.

99% dari kalsium dalam tubuh kita disimpan di dalam tulang dan gigi. Baki 1% pula terdapat di dalam darah dan tisu lain dalam tubuh.

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kita mengalami simptom-simptom seperti kebas-kebas kaki terutama waktu malam/sejuk, akit sendi, sakit pinggang, lenguh-lenguh atau sakit gigi terutamanya wanita yang mengandung dan menyusukan bayi. Selain itu, boleh juga menyebabkan osteoporosis iaitu kerapuhan tulang-tulang terutamanya apabila kita semakin meningkat usia. 

Tubuh memperolehi kalsium melalui 2 cara:


1) Pemakanan kita yang tinggi kalsium atau suplement.
Contoh makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium adalah:
- Susu tinggi kalsium
- Keju
- Yogurt
- Seaweeds
- Kacang dan bijirin seperti postachio, bijan, almond, kacang hazel
- Beans
- Buah Ara
- Brokoli
- Bayam
- Tofu
- Sayur Dandelion
- Soya
- Ikan bilis.

Namun, terdapat beberapa sayuran hijau yang mengandungi paras oxalic acid yang tinggi yang akan mengganggu penyerapan kalsium oleh tubuh.

2) Tulang dan gigi kita yang menjadi simpanan kalsium.
Ini akan berlaku sekiranya paras kalsium dalam darah terlalu rendah, ini selalunya berlaku apabila kita tidak mengamalkan diet tinggi kalsium untuk jangkamasa tertentu. Oleh demikian, tubuh kita 'terpaksa' menggunakan simpanan kalsium tubuh yang terdapat di dalam tulang dan gigi.

Berapakah rekomendasi pengambilan kalsium seharian bagi setiap peringkat usia?
- 0 ke 6 bulan : 200mg/day
- 7 ke 12 bulan : 260mg/day
- 1 ke 3 tahun : 700mg/day
- 4 ke 8 tahun : 1000mg/day
- 9 ke 18 tahun : 1300mg/day
- 19 ke 50 tahun : 1000mg/day
- Remaja mengandung dan menyusukan bayi : 1000mg/day
- Dewasa mengandung dan menyusukan bayi : 1000mg/day
- 51 ke 70 tahun (lelaki) : 1000mg/day
- 51 ke 70 tahun (wanita) : 1200mg/day
- 71 tahun ke atas : 1200mg/day.

Anda di peringkat mana?
Peringkat remaja memerlukan kalsium yang tinggi kerana pertumbuhan tulang adalah maksimum semasa itu.

Bagi memastikan kita memperolehi kalsium yang mencukupi, kita perlu mengamalkan pemakanan yang tinggi kalsium setiap hari. Sumber yang paling kaya dengan sudah tentulah susu. Namun, adakah di kalangan kita yang meminum susu mengikut rekomendasi yang diberikan setiap hari?

Rekomendasi pengambilan susu bagi mendapatkan keperluan kalsium setiap hari adalah seperti berikut:

Kanak-kanak 4 ke 8 tahun : 3 hidangan/gelas
Kanak-kanak 9 ke 18 tahun : 4 hidangan/gelas
Dewasa 19 ke 50 tahun : 3 hidangan/gelas
Dewasa 50 tahun ke atas : 4 hidangan/gelas.

Wow, bagi saya sendiri pun rasanya tak banyak sangat minum susu setiap hari.

Oleh itu, adakah kita dalam kalangan yang perlu mengambil suplemen kalsium??
Sekiranya anda yakin diet seharian anda mengandungi cukup kalsium serta seorang yang sangat aktif bersukan, mungkin anda tidak perlu mengambil suplemen ini. Namun, sekiranya anda seorang yang tidak suka minum susu atau makanan yang mengandungi kalsium, seorang warga emas, vegetarian, atau alergi kepada lactose/susu mungkin perlu dipertimbangkan untuk mengambil suplemen kalsium.

Maka, suplemen kalsium yang mana yang paling baik?
Sekiranya anda ingin mengambil suplemen kalsium, pastikan suplement tersebut mempunyai ciri-ciri berikut:

1) Dilengkapi dengan Vitamin D
Vitamin D akan memaksimakan penyerapan kalsium di usus serta membantu mengawal paras kalsium dalam darah. Ia juga membantu mengurangkan kehilangan kalsium melalui ginjal.

2) Mengandungi Magnesium
Magnesium merupakan mineral yang sukar disimpan di dalam tubuh. Ia membantu penyerapan kalsium dan mengekalkan kalsium dalam tubuh. Magnesium bertindak baik bersama kalsium untuk membina matrix tulang yang kuat dan kukuh. Magnesium juga bergabung dengan kalsium membantu mengatasi masalah insomnia, maka kita akan tidur dengan lena.

3) Dari sumber Calcium Citrate
Calcium Citrate mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi ke dalan tubuh.


Ketiga-tiga ciri ini terdapat di dalam supplemen kalsium Shaklee iaitu OSTEMATRIX.





Bulan April ini merupakan promosi Ostematrix. Beli 6 Percuma 1.



Pilihan di tangan anda. Dapatkan suplemen terbaik dan selamat untuk anda.

Pilih SHAKLEE. SENTIASA SELAMA. SENTIASA BERKESAN. SENTIASA MESRA ALAM.

Rakan Shaklee Anda:
SYAREENA
010-2207981
FB: healthysakura