Sunday 28 September 2014

[HANYA DENGAN IZIN ALLAH]

Assalamualaikum..

Minggu lepas banyak perkara yang berlaku pada saya.. Yang mana setiap kejadian itu akan berlaku hanya dengan IZIN Allah.. Semua yang berlaku hanya dengan rahmat-Nya.. Perkara-perkara yang terjadi membuatkan saya berfikir, apa sudah cukup ke kebaikan yang kita lakukan, sudah bersediakah kita, setinggi mana kepercayaan kita pada-Nya dsbg..

Okeh, ni saya kongsikan juga sebagai peringatan kepada diri saya..

Seperti biasa, rutin harian saya setiap pagi mestilah hantar anak-anak ke taska dan pergi ke tempat kerja. Malangnya, dek kerana tergesa-gesa, terlupa nak bawa handphone ke tempat kerja. Okey la, xpe, tengahari boleh balik sekejap pergi ambil handphone. Dalam hati dah berniat nak solat berjemaah di masjid berhampiran rumah, tapi suami kata solat sahaja di rumah. Saya xde lah nak membantah. Nak dijadikan cerita, dah dekat nak sampai rumah, baru suami perasan kunci rumah takde. Waktu tu, dah masuk waktu Zuhur.. Maka suami kata 'Kita solat je di masjid dekat rumah'. MasyaAllah, tengok tu.. kita niat je nak menunaikan solat di awal waktu secara berjemaah, then dengan izin Allah, kami dapat solat berjemaah di masjid.. See?? Walaupun perkara tidak diingini berlaku, tapi perkara baik yang lain berlaku.. InsyaAllah, kalau kita berniat baik, setiap perkara itu boleh terjadi jika Allah izinkan..

Kejadian kedua berlaku jumaat lalu.. Tugas saya memerlukan saya bergilir2 dengan rakan setugas untuk bertugas di tempat kerja yang agak jauh. Kami ada 2 tempat bertugas, iaitu satu di bandar Kuching & satu di Kota Samarahan Kuching, kira-kira 30-40km dari rumah. So, hari tu selepas selesai tugas di pagi hari, saya perlu berada di tempat tugas di bandar Kuching. Dalam perjalanan pulang, saya tergerak hati untuk memandu dengan perlahan iaitu 80km/hr di jalan yang lurus, yg pada ketika itu hujan rintik2. Saya terfikir, tak perlu tergesa-gesa kerana waktu rehat hari jumaat yang panjang. Saya jenis suka memandu kereta agak laju iaitu 100-110km/hr (mesti la tgk keadaan jalan serta kebiasaan kita melalui jalan tersebut). Dengan tidak disangka-sangka, kenderaan di depan saya yang jaraknya kira-kira 10-15 meter, berpusing terbabas melintang jalan yang saya lalui. Pada ketika itu, kereta agak banyak, dan tidak ada kereta dekat di belakang kereta saya.. Saya mmg sangat terkejut & segera membrekkan kereta saya sehingga berbunyi tayar kereta. Pada masa itu, saya hanya mampu berdoa agar kereta tersebut berhenti segera serta tidak terbabas ke arah kereta saya & kereta lain.. Saya juga berdoa agar kereta saya dapat dikawal dengan baik, berhenti dan tidak melanggar kereta terbabas itu. Dengan izin-Nya, tiada kejadian buruk berlaku. Semua kereta dapat berhenti tanpa melanggar kereta itu. Dan saya dapat melihat dengan jelas pemandu itu melihat kereta-kereta di belakangnya seperti menunggu masa utk melanggar keretanya.. Memang sangat terkejut & menakutkan sehingga menggigil tangan saya. Saya sangat bersyukur, xde kejadian buruk terjadi.. Bila difikirkan sekiranya Allah tidak menggerakkan hati & fikiran utk memandu perlahan dari biasa serta menjarakkan kenderaan, mmg perkara buruk akan terjadi pada pemandu itu & juga pada saya memandangkan momentum kelajuan kereta, jarak selamat serta impak kemalangan terhadap semua orang pada masa itu..

Kejadian-kejadian ini memberikan banyak pengajaran pada saya iaitu:
1- Jika kita berniat untuk melakukan perkara baik, kita boleh melakukan dengan Izin-Nya walaupun pada masa yg sama mungkin perkara x diingini berlaku.
Bak kata pepatah, setiap perkara buruk berlaku pasti ada hikmahnya.

2- Dengan izin-Nya juga, setiap perkara baik atau buruk boleh berlaku.. seperti kejadian kedua, dengan izin-Nya, saya dan semua terlibat terselamat dari kemalangan yang tidak diingini.

3- Memberikan kesedaran kepada saya, sudah cukupkan amalan baik kita atau banyak tak bantuan @ kebaikan yg dah kita lakukan untuk orang lain sbg bekalan kita di alam satu lagi sekiranya Allah cabutkan nyawa saya ketika itu.


Marilah kita lakukan sesuatu sebaik mungkin hanya kerana Allah, yakin serta bersangka baik dengan Allah walau perkara buruk terjadi kepada kita..

Wallahualam..


Pengedar Sah Shaklee
SYAREENA
010-2207981
FB: www.facebook.com/healthysakura



Monday 22 September 2014

[Roti Pizza Segera]

Assalamualaikum..

Hari ni tulis lain sikit naa..:-)
Ni nak share, hari tu saya buat roti pizza segera bagi anak makan.. Nak buat pizza masa tu macam malas nak buat doh dia. Tambahan ada pula leftover kuah spaghetti masa makan malam tadi. Alang2 ada roti, maka buatla roti as base 'piza' segera ni..ahaks..

Bahan-bahannya sgt mudah:
Roti
Kuah spaghetti campuran daging cincang (saya guna jenama prego)
Hotdog (dipotong serong/bulat)
Cheese (sy guna Mozarela & Parmesan) - boleh guna cheese ikut suka selera masing2.
Marjerin jika suka

Haa..tu je bahan2 nya..

Cara-cara..
  Sapukan marjerin. Tak sapu pun takpe.


 Letakkan sos spagheti leftoverdan hotdog..


Taburkan cheese..yummy..lagi banyak lagi best sbb saya suka cheese..:-)
Bakar dalam oven yg dipreheat 150darjah sehingga cheese kekuningan..



Tada..

Ringkas & senang.. pastu sedap. Sesuai utk anak2 bawa bekal ke sekolah..Tak yah beli makanan kat kantin..


Okey.. Takleh makan banyak2 ok..hehe.. banyak cheese lagi tinggi kalori yang kita ambil seharian.. Lagi roti putih juga tinggi karbohidrat.. nak low calories, boleh tukar roti kpd roti wholemeal bread..

Kalau dalam misi nak kurus, kenalah bersenam serta kawal permakanan.
Dan juga boleh ambil suplemen utk mengurangkan penyerapan kolesterol serta memecahkan lemak2 dalam badan ni..

Saya setiap hari pasti akan ambil Phytocol-ST, Lecithine & OmegaGuard.
Phytocol - Utk halang penyerapan kolesterol di usus.
Lecithin -memecahkan lemak2.
OmegaGuard - merangsang penyingkiran kolesterol dalam darah oleh hati & meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh.

Nak Cuba?
Boleh pergi ke link berikut:
https://www.shaklee2u.com.my/setpecahlemak

Atau, anda boleh hubungi saya agen terbaik Shaklee..

Syareena
010-2207981
www.facebook.com/healthysakura
Dapatkan konsultasi secara eksklusif & percuma

Friday 19 September 2014

Vitalea - Multivitamin Lengkap untuk Kesihatan Kita

Assalamualaikum..

Kali ini saya nak kongsi pasal Vitalea with Iron Formula.. Multivitamin lengkap dengan zat besi dari Shaklee.. Bila usia saya menginjak ke era 30-an, saya akui, saya mmg cepat letih, tambahan pula dengan kehidupan harian yang stress dengan kerjaya & juga menguruskan keluarga.. Pengambilan makanan yang mmg tidak seimbang, dan kurang bersenam tambah-tambahan sejak melahirkan anak sulung, Hazwan.. Aktiviti fizikal seperti bersukan mmg kurang sangat lah, lebih menumpukan kepada menguruskan rumahtangga terutama menguruskan Hazwan.. So, mmg penat fizikal dan juga mental.. Tapi, masa tu tak rasa sangat sbb usia masih muda..ahaks.. lewat 20-an..

      Bila dah mengandungkan anak kedua, Hadif dan berpantang pada tahun lepas, saya mula merasakan, saya perlu sentiasa berasa cergas & bertenaga sepanjang saya berpantang.. Ini kerana, saya perlu menguruskan segala keperluan keluarga tanpa bantuan 'maid' atau ibu mertua/ibu kandung.. Pada masa itu, mula lah perkenalan saya dgn Miss VITALEA.. Mmg saya rasakan perubahan sepanjang saya memakan multivitamin itu. Saya rasa lebih cergas, kurang letih walaupun tidur yang tidak mencukupi.. Selesai berpantang, saya teruskan pengambilan VITALEA sebiji sehari.. Itu testimoni saya, yang mana saya konsisten sehingga sekarang..dan Hadif pun dah nak usia setahun..:-)


     Bukan setakat saya je makan, suami pun turut ambil sekali.. takkan nak sorang je sihat cergas kan.. Suami pun sgt suka sbb mmg rasa perubahan bila mula ambil multivitamin ni, dia lebih cergas & kurang letih.. hari-hari mesti dia akan ambil sebiji.. yang paling lucu, suami boleh kata 'betul ke vitamin ni, semacam je boleh bagi tenaga ni'..hehe.. senyum je la, sbb mmg dah tahu efek Vitalea ni mmg sgt best.. :-)

   
 Bila cergas & tak cepat letih, saya dapat lakukan aktiviti hobi saya iaitu menjahit walaupun sibuk urus anak-anak & rumahtangga.


     VITALEA with IRON FORMULA, adalah Multivitamin serta mineral yang dilengkapi dengan zat besi. Ia merupakan multivitamin yang pertama dicipta di dunia iaitu pada tahun 1915. Dan pada tahun 2015, Vitalea sudah berusia 100 tahun berada di pasaran!! Produk yang hebat selalunya akan kekal lama di pasaran. Setiap tablet Vitalea dilengkapi dengan 28 jenis vitamin dan mineral yang penting utk tubuh (diekstrak dari buah-buahan & sayur). Ia disaluti dengan serbuk spirulina (sbb itu warnanya hijau). Tablet VITALEA ini merupakan multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air, justeru cepat diserap di usus kecil. Yang paling BEST, Vitalea ini dipilih sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000 di Amerika Syarikat!!



Ni rupa tablet Vitalea - warna hijau sbb diselaputi serbuk Spirulina



      Bagi saya, kalau kita mencari suplemen asas untuk memelihara kesihatan harian, mmg saya sangat mengesyorkan agar ambil Vitalea.. Satu jenis ni je, sbb ia paling lengkap dgn nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Sebiji sehari je, sebotol tahan untuk 4 bulan. Harga sebotol RP RM88.75 shj, anggaran hanya RM22 sebulan.. tak mahal kan..

Vitalea memberi manfaat berikut :
- Penambah tenaga segera
- Pelengkap nutrisi harian tubuh (especially bg mereka yang mempunyai diet pemakanan tak seimbang)
- Meningkatkan metabolisma tubuh
- Melindungi & membantu fungsi organ dalaman tubuh.

      Ni antara testimoni pengguna Vitalea yang memberi feedback best. Sebab mmg dah terbukti Vitalea adalah multivitamin terbaik, bukan untuk saya sahaja, tapi untuk semua orang.. yang best & baik bagus dikongsikan bersama.. Mmg terbukti, bukan overclaimed ok..:-).. Jgn percaya cakap saya, cuba je, pasti anda juga bersetuju dgn saya..



TAPI sebelum ambil vitamin ni, pastikan anda tidak mempunyai penyakit SLE atau alergik dgn bahan-bahan herba. Vitalea mengandungi Alfalfa yg akan menyebabkan penyakit SLE akan menjadi aktif.


Jadi, apa tunggu lagi.. dapatkan Vitalea dari saya.. cara pengambilan & konsultasi kesihatan adalah eksklusif untuk pelanggan saya..:-)

Anda boleh dapatkan Set Kesihatan Asas yang terdiri daripada Vitalea + Vitamin B Complex + Vitamin C di link berikut : https://www.shaklee2u.com.my/setkesihatanasas
Atau, untuk penjimatan terhebat, anda boleh hubungi saya di nombor di bawah..

Sahabat Shaklee Anda,
SYAREENA
010-2207981
FB: www.facebook.com/healthysakura