Wednesday 9 July 2014

HAZWAN - MEAL SHAKES dan ASMA

Assalamualaikum..

Lama saya tak kongsi dalam blog ni. Kali ni saya nak sgt kongsi pasal pengalaman saya, usaha saya, ikhtiar saya supaya anak sulung saya, Hazwan, dapat sembuh dari penyakit asma. Hazwan disahkan kena asma masa umur dia kurang dari setahun. Masa tu, mmg susah sangat saya rasa sbb anak saya kena admit ward 3 kali dalam tempoh setahun. Tambahan pula masa tu tgh outbreak H1N1 iaitu tahun 2009 dan Hazwan juga disahkan dijangkiti H1N1. Hazwan diberi rawatan susulan dgn pakar kanak2 dan kena amik macam2 ubat, dari ubat serbuk hinggalah ke inhaler. Kecik lagi Hazwan dah kena makan macam2 ubat. Belum lagi dgn antibiotik dan prednisolone yang Dr bg bila dia kena acute attack. Hati ibu mana yang x sedih dan risau. Kalau dia kena attack, saya pastinya ambil urgent leave sbb sy tak percaya penjaga di nurseri boleh menjaga dia dgn baik serta perasan sekiranya asma Hazwan semakin teruk.

Tapi Alhamdulillah, apabila berumur 2-3 tahun, Hazwan dah tak pernah admit ke hospital, tapi masih dalam rawatan inhaler. Selalu 2-3 bulan pasti Hazwan kena asma attack, tapi tak teruk. So setahun, berkali2 la kena attack, especially bila batuk selsema..adui.. Macam-macam petua tradisional dah saya cuba, dari hati unta, madu dan macam-macam. Tapi, semua tak konsisten. Sbb apa? Sebab Hazwan tak nak makan. Budak2, kalau depa x suka, paksa macamana pun diorang takkan nak bukan?

So, selama 5 tahun la Hazwan follow up dgn pakar kanak-kanak utk asma dia. So, awal tahun ni, saya baru 'berkenalan' dgn Shaklee sbb saya ambil set menyusu bayi selepas melahirkan adik Hazwan. Dari kongsi-kongsi pengguna Shaklee, depa suggest ambil Meal Shakes utk mengatasi masalah Hazwan. Nak dijadikan cerita, bulan Februari hari tu, Hazwan masuk hospital lagi sebab kena asma. Masa tu jerebu teruk di Kuala Lumpur. Apa lagi, Hazwan kena batuk dan asma. Rawatan susulan selepas itu, ubat Hazwan dinaikkan dos nya.. :-(.. ahh. stress juga sbb aim saya nak Hazwan dikurangkan dos inhalernya dan seterusnya dpt berhenti rawatan asma.

So, lepas tu sy nekad nak bg Hazwan minum Meal Shakes yang dicampur ke dalam susunya. Sy fikir serta kaji kandungan Meal Shakes tu, tak salah bagi saya utk cuba bagi Hazwan Meal Shakes. Kalau ia berkesan, ia adalah satu kebaikan buat Hazwan. Meal Shakes merupakan sumber susu protein yang lengkap dgn semua 24 vitamin, dan mineral serta 9 asid amino penting yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Alhamdulillah, Hazwan sgt suka dgn Meal Shakes yg dicampur dgn susunya. Sebab katanya, sedap. So, misi saya utk pastikan Hazwan konsisten ambil Meal Shakes jadi lebih mudah..hehehe.. Saya bancuh 1 scoop / 1 sudu besar 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.


Apa yang membuatkan saya nak share pasal Meal Shakes ni sbb selepas Hazwan KONSISTEN meminum Meal Shakes, dia jarang kena batuk selsema. Dan yang paling best, dia belum kena asma attack walaupun kat KL ni jerebu. Tambahan juga dia seorang budak yg aktif, suka bermain. So far, dah 5 bulan dia tak kena asma. ALHAMDULILLAH, syukur pada Allah. Allah yg memberi izin, kita hanya berusaha. Kalau sebelum ni 2-3 bulan, pasti dia kena asma attack. Saya betul2 berharap, selepas ni dos inhaler Hazwan dapat dikurangkan bila dia pergi follow up Dr Pakar Kanak-kanak.



Selain itu, Hazwan juga saya bagi Chewable Vita C dan OmegaGuard, iaitu sebahagian dari Set Kanak-Kanak yang disyorkan.. Vitamin tu sbg immune booster, manakala OmegaGuard utk membantu meningkatkan perkembangan dan kecerdasan otak.


Jika ada yang berminat nak cuba Meal Shakes atau Set Kanak-Kanak, boleh order di link di bawah:

https://www.shaklee2u.com.my/SetKanakSihat (pembelian terus dari Syarikat Shaklee).

Untuk pertanyaan, konsultasi cara pengambilan atau pembelian terus dari saya, boleh hubungi saya.
Syareena (010-2207981)
Like : FB healthysakura

No comments:

Post a Comment