Friday 9 May 2014

PROMOSI BULAN MEI 2014 - MEAL SHAKES SHAKLEE


Assalamualaikum..

Sudah hampir 2 minggu kita di bulan Mei kan.. Apa pula promosi bulan Mei yang pihak Shaklee buat? Mungkin ramai yang dah tahu, iaitu MEAL SHAKES SHAKLEE.

Saya nak kongsi sedikit mengenai produk ini. Sebenarnya, Meal Shakes Shaklee perisa french vanilla ni amat disukai oleh anak saya. Dia selalu panggil meal shakes ni vanilla je, mungkin sebab dia suka perisa vanila or mungkin senang bagi dia nak ingat. Anak saya yang sulung baru berusia 5 tahun. :-)

Mula-mula saya perkenalkan pada anak saya lebih kurang 3 bulan dulu, saya bagi anak minum meal shakes ni sebagai minuman tambahan untuk beri semua nutrisi yang kanak-kanak perlukan untuk tumbesaran dan juga nak bagi tambah selera makan. Maklumlah, anak saya ni memilih makan dan tak mahu sangat makan. Susu paling dia suka dan dia plak sangat aktif. So saya risau la sebab pastinya dia x dapat cukup khasiat sbb tak nak makan. Kalau makan coklat memang no 1..hehe..

Masa tu saya bagi dia minum plain meal shakes, tapi dia tak berapa suka. So, dia tak nak minum sangat meal shakes tu. So, tak la dia minum. Puas pujuk, memang tak nak. Tak terfikir pula nak campur dalam susu yang dia minum plak..huhu.. Suatu hari suami saya cerita yang kawan dia juga bagi meal shakes pada anak dengan cara campur dalam susu. Tujuan anak kawan suami saya tu juga sama, nak tambah selera makan anaknya. Jadi, saya pun cuba, tanpa pengetahuan anak saya..kihkih.. sebab kalau anak tau confirm dia tak nak. Tapi akhirnya anak saya tahu juga, tapi dia rasa susu dia lebih sedap.. :-). Sejak hari tu, saya pasti akan campurkan meal shakes 1 sudu besar sehari pada susu dia setiap pagi selepas dia balik dari taska.

Alhamdulillah, sejak mengambil meal shakes ni, saya perhatikan anak saya jarang kena batuk selsema. Dia ni memang kerap kena batuk selsema. Tambahan dia ada asma. So bila kena batuk selsema, mula lah risau sebab takut dia kena serangan asma. Selain itu, saya bagi juga anak saya Nutriferon 1 sachet seminggu ke dua minggu sekali (for immune booster). Sebelum saya kenal Shaklee, macam-macam usaha saya bagi kat anak supaya asma dia dapat berkurangan. Saya berharap penyakit asma anak saya dapat sembuh. Selain itu, selera makan dia juga turut bertambah. Syukur.

Apa lagi, sempena promosi bulan Mei, saya beli lah sebagai stok untuk anak tahun ni. Mana nak dapat free 1 lagi pasni.

Meal Shakes Shaklee diperbuat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactoalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Ia merupakan sumber protein yang dilengkapi dengan 24 vitamin dan mineral. Ia membekalkan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, yang mana hanya terdapat di dalam diet harian, tetapi amat penting untuk tumbesaran.


Shaklee juga ada menawarkan Set Kesihatan Kanak-Kanak yang terdiri daripada Meal Shakes, OmegaGuard dan Chewable Vitamin C.






Kesihatan anak anda, tunggak keceriaan keluarga.

Jika nak cuba Meal Shakes Shaklee, atau produk Shaklee yang lain, sila hubungi saya:

Rakan Shaklee Anda:
SYAREENA
010-2207981
Sila Like FB: www.facebook.com/healthysakura

Tuesday 6 May 2014

Nutriferon dan Sustained Release Vita - C PLUS

Assalamualaikum..

Kali ini nak cerita plak pengalaman saya mengambil Nutriferon dan Sustained Release Vita - C ketika saya menghidap selsema bulan lepas.



Selalu bila cuaca panas ke atau musim hujan saja, kita mesti tak terlepas akan menghidap selsema, batuk dan demam. 3-serangkai ni takkan berpisah punya. Saya pun begitu juga. Tapi, kita sebagai ibu, terutama bagi kita yang ada anak kecil (less 1 year) yang masih menyusu badan, tentu lebih risau kan. Sebab kalau kita yang kena, pastinya anak kita juga berjangkit. Takkan masa demam selsema tu kita serah kat orang lain jaga pula kan..Tambahan yang menyusu badan dan waktu malam mesti nak mak dia bila nak tidur.

So, 2 minggu lepas, saya terasa yang badan ni adalah tanda-tanda nak selsema dan sakit tekak. Punya lah risau. Kalau boleh tak nak la kena teruk sangat dan seboleh-bolehnya tak nak ambil ubat. Air dah diminum bergelen-gelen (hehe). Tapi tekak masih sakit. As a Shaklee Independent Distributor, apa lah guna jadi SID if tak memanfaatkan produk-produk yang bagus dari Shaklee kan..

Jadi, saya pun cubalah mengambil 1 sachet Nutriferon dan 2 tablets Sustained Release Vita - C selama 3 hari berturut-turut. Nutriferon ni bertindak sebagai 'immune booster'. Ia merupakan satu-satunya interferon semulajadi di dunia yang diekstrak dari biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago. Semua ni adalah tumbuhan semulajadi.

Sustained Release Vita - C Plus pula merupakan vitamin C. Saya mengambil high dose vitamin C iaitu 2 tablets (1000mg) semasa simptom-simptom flu dirasai. Vitamin C juga merupakan elemen penting yang boleh merangsang meningkatkan sistem imun kita.

Alhamdulillah dengan izin-Nya, selepas hari ketiga, sakit tekak saya sudah hilang dan selsema juga berkurangan. Anak saya yang masih menyusu tu langsung tak dijangkiti. Syukur. Tambahan pula, bila ibu mengambil mengambil Nutriferon dan Vitamin C, khasiat dan nutrient penting (cth antibodi) dari ibu dapat dipindahkan ke anak melalui susu ibu.

Bukan niat saya untuk menidakkan keberkesanan ubat, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha mencegah penyakit menjadi lebih teruk dengan pengambilan suplemen-suplemen. Selain itu, sesetengah ubat memberi kesan sampingan kepada kita, terutama kepada anak yang masih menyusu badan. Ini kerana, ubat-ubatan boleh dipindahkan ke anak kita melalui susu ibu.

Mencegah lebih baik dari merawat, bukan...

Nak cuba produk Shaklee??

Hubungi saya, Shaklee Independent Distributor:
SYAREENA
010-2207981
FB: healthysakura