Friday 22 August 2014

GET CLEAN SET FROM SHAKLEE

Assalamualaikum..

Di entri sebelum ini, kita tahu terdapat banyak bahan kimia terkandung dalam produk-produk pembersihan yang ada di pasaran. Apa kata kita cuba mengurangkan pendedahan terhadap bahan-bahan kimia ini dengan mengubah produk-produk yang kita pakai.. Kali ini saya nak memperkenalkan produk pembersihan dari Shaklee iaitu GET CLEAN.

Memang best, memang selamat kerana produk-produk ini dihasilkan dari bahan semulajadi iaitu dari sumber tumbuh-tumbuhan. Kenapa saya suggest utk tukar kepada produk yang lebih selamat & mesra alam ni. Jom tgk:


Selamat Berkuasa              Mesra Alam Bijak
SAFE POWERFUL GREEN SMART
Tidak Toksik

Bukan Wasap

Toksik Bukan

Bahan Kimia Berbahaya

Bebas Bauan

Lembut pada Tangan

pH Seimbang

Bukan Klorin

Hipoalergik
Menanggalkan Minyak

Ultra Pekat

Gunakan Hanya Separuh Sukatan

Buih Yang Lama

Sesuai Dalam Semua Suhu
Sumber Bahan Semulajadi
Surfaktan Biodegradasi

Pembungkusan Boleh Dikitar Semula

Tiada Peluntur Klorin

Tiada Pembersihan Sebatian Organik Mudah Meruap

Tiada Fosfat

Tiada Nitrat

Tiada Borat

Tiada Ujian Haiwan
Dapat Menjimatkan Wang Anda

Formula Pekat

Okeh.. GET CLEAN SET dari Shaklee ni terdiri daripada beberapa produk iaitu:
1) Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate
2) Fresh Laundry Concentrate Powder
3) Soft Fabric Concentrate
4) Dish Wash Concentrate
5) Get Clean Water Pitcher


1) Basic H1 Organic Super Cleaning Concentrate
Tahu tak kebanyakan pencuci serbaguna mengandungi bahan kimia & toksin yg boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan? Cthnya spt bhn pelarut sintetik boleh menganggu keseimbangan hormon dll. Basic H1 Organic Super Cleaning Concentrate ni tak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya kerana ianya dihasilkan dari ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.
     Ia adalah pembersih serbaguna, berkuasa, dan berpekatan tinggi yang menjimatkan penggunaannya (16oz boleh menghasilkan 48 gelen bancuhan). Boleh menghilangkan kotoran, gris, dan kotoran dari mana-mana permukaan yang boleh dibasuh, dan tak perlu dibilas.





2) Fresh Laundry Concentrate Powder
Serbuk pencuci pakaian di pasaran mungkin mengandungi bahan perengsa yang boleh diserap melalui kulit atau menghidunya - ini boleh menyebabkan alahan kepada pemakainya spt gatal kulit bg kulit sensitif, serangan asma dll. Cth : triethanolamine dodecylbenzensulfonate.
   Fresh Laundry Concentrate Powder ni tidak mengandungi bahan-bahan bahaya, hipoalergenik serta berkepekatan tinggi (1 auns sudah memadai utk cucian muatan sederhana). Jimat bukan.:-)


3) Soft Fabric Concentrate
Diformulasikan dari bahan semulajadi, tanpa fosfat, dan tanpa bahan pewarna. Menjadikan pakaian lebih lembut & mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan.



4) Dish Wash Concentrate
Pencuci pinggan di pasaran mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci spt Diethanolamine & sodium dedecylbenzensulfonate yang boleh merengsakan kulit dan mata. Perasan tak, kalau pencuci yang kuat & menanggalkan minyak selalunya akan menyebabkan tangan mengelupas. Betul tak? Macam tangan saya ni, saya memang suka pakai jenama XX sbb sgt berkesan, tapi kesannya pada tangan saya menyebabkan kulit mengelupas. Selepas kenali Shaklee, saya cuba Dish wash ni, mmg pekat dan berkesan. Malah kulit jari saya sudah kurang mengelupas. Saya suka!! :-)
    Pencuci pinggan yang dihasilkan dari ekstrak jagung dan kelapa. Ia sgt pekat yg mana hanya sedikit diperlukan utk pinggan mangkuk yg banyak. Memandangkan ianya dihasilkan dari bahan semulajadi serta mesra alam, saya tak teragak2 menggunakan dish wash ni utk cuci botol susu anak saya. Sbb saya yakin sekiranya ianya selamat utk persekitaran, sudah tentu selamat untuk anak dan keluarga saya! :-)

5) Get Clean Water Pitcher
Air yang kita minum seharian, belum tentu bersih. Walaupun kita telah memasak air terlebih dahulu, ianya hanya mematikan kuman-kuman yang terdapat di dalam air. Macamana dgn bahan kimia spt logam berat, pencemaran industri, racun perosak yg terdapat di dalam air itu? Dapat tak kita menghilangkannya? Rasanya tidak kalau kita tidak menapis air tersebut dgn menggunakan 'filter'. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam air yang kita minum seharian boleh menjadi toksin dalam tubuh dan memberikan bebanan pada hati, buah pinggang dan sistem detoksifikasi dalam tubuh kita.
    Get Clean Water Pitcher ini adalah revolusioner baru - penapisan sistem water filtration pitcher disahkan oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) utk mengurangkan sehingga 99% plumbum (lead), serta berpuluh-puluh bahan pencemar lain spt klorin, merkuri, kadmium yg hadir dalam air & mungkin merbahayakan kesihatan. Multipatented Get Clean Water Pitcher ini menggunakan blok pepejal karbon utk menapis dan membersihkan air.
    Setiap penapis air bersih mengendalikan 80 gelen (303liter) air. Blok penapis ini dibuat dari tempurung kelapa yg mampan karbon yang menggunakan proses zeroemission dan merupakan water-filtration pitcher pertama dengan sistem penapis karbon-blok yang boleh diisi semula. Jimat kan??
    Kita boleh menjimatkan wang dari membazir membeli air minuman dari botol. Air yang ditapis oleh Get Clean Water Pitcher dijamin bersih dan enak diminum. Produk ini mempunyai meter penunjuk yang menandakan bila anda perlu menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.. :-)




Best kan produk Get Clean Set ni.. Dijamin produk-produk ini adalah selamat dan mesra alam. Selamat untuk kita sekeluarga. Jom tukar kepada produk yang mesra alam utk kesihatan kita bersama. KESIHATAN adalah untuk SELAMANYA..

Untuk pembelian produk Get Clean Set ini, boleh la klik ke link dibawah:
http://bit.ly/getcleanset

atau anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian.
Bagi lebih penjimatan, jom daftarkan diri anda sebagai ahli Shaklee seumur hidup & anda berpeluang untuk menjana pendapatan sampingan di samping anda SIHAT..

Pengedar Sah Shaklee,
SYAREENA
010-2207981
www.facebook.com/healthysakura
Penghantaran percuma area Kuching & Sekitar
Pos ke seluruh negara


Monday 18 August 2014

Bahan Kimia Bahaya dari Persekitaran

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang oleh Allah utk saya hidup di muka bumi ini.

Kesihatan diri adalah nikmat paling berharga untuk kita. Bayangkan, kalau kita ada banyak duit tapi sakit, kita rasa tak seronok. Hilang semua nikmat memakan makanan yang sedap, nikmat berjalan-jalan dan nikmat berkerja. Nak beribadat pun tak dapat, bukan. Selain kesihatan diri, kesihatan dan kebersihan persekitaran juga penting. Persekitaran sihat dan bersih, menjamin kesihatan diri kita.

Kita selalu mulakan harian kita dgn gaya hidup yang sihat seperti pemakanan sihat, bersenam, melakukan kerja-kerja rumah bagi membakar kalori, mengambil suplemen, serta minum air yang mencukupi. Tapi kita terlupa yang kita terdedah kepada bahan-bahan kimia dari persekitaran kita setiap hari. Sedar tak? Terutama wanita dan surirumah yang setiap hari pasti akan terdedah kepada bahan kimia ni. Siapa yang tak pernah basuh pinggan, basuh baju, mengemop lantai, lap perabot, lap tingkap, syampoo rambut dll.. Semua ada buat kan.. Tau tak dalam bahan-bahan pencuci tu semua mengandungi bahan kimia (walaupun hanya dlm kuantiti yang sikit). Berapa lama dah kita terdedah? Pastinya sejak kecil. So, dah bertahun-tahun.. Bukan setakat bahan pencuci sahaja, malah bahan kimia ini boleh didapati dalam makanan yang kita makan, sayuran, buah-buahan, pakaian yang kita pakai, barangan peribadi kita dan juga udara yg kita hirup dan air yang kita minum!!



Menurut Environment Protection Agent (EPA) telah mengesan lebih dari 84000 bahan kimia digunakan di pasaran. Bahan-bahan kimia ini telah menjadi sebahagian dari gaya hidup kita setiap hari. Walau sebersih mana persekitaran kita, ia agak mustahil untuk elak daripada terdedah dgn bahan kimia ini. Bahan-bahan kimia ini memberi bebanan kepada hati kita dan sistem detoksifikasi tubuh kita. Sistem ini sangat penting kerana tubuh kita berperanan menyahtosikan bahan kimia untuk disingkirkan dari tubuh.




Jom kita tgk antara bahan-bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakkan bahan pencuci kita di rumah:


Bahan Kimia
Dijumpai
Di
Potensi 
Kesan Merbahaya
Phthalates Pelarut utk pewangi Gangguan hormon - Lelaki yg mempunyai paras phthalates dlm darah boleh menyebabkan bilangan sperma berkurangan
Perchloroethylene (PERC Pencuci 'dry-cleaning', pencuci karpet. EPA mengklasifikasikan PERC sebagai kemungkinan bahan karsinogen
Triclosan Bahan antibakteria dalam sabun dan pencuci pinggan Boleh menyebabkan penghasilan bakteria resistant ubat dan menganggu kestabilan hormon tubuh
2-Butoyethanol Terdapat dalam pencuci tingkap, memberi bau wangi Bahan iritasi bila dihidu, pada paras tinggi boleh menyebabkan kerosakan peparu, hati dan ginjal
Ammonia Dalam kebanyakan produk pencuci Bila dihidu akan menberi kesan iritasi pada peparu dan berpotensi memburukkan keadaan asma
Clorine Terdapat dalam pencuci tandas, bhn menghilangkan lumut, pencuci kain dan dalam air paip Bahan yg sgt reaktif dan mengiritasikan kulit & ginjal. Ia mungkin merosakkan thyroid
Asid Hidroklorik Terdapat dalam produk pencuci, bahan pelembut kain, bahan pewarna Mengiritasikan kulit, salur pernafasan (jika dihidu), salur pemakanan (jika tertelan) dan boleh merosakkan mata.
Silicone Bahan kosmetik Menyebabkan reaksi alergi, ekzema, memburukkan jerawat
(credit info : Shaklee Health Wise)

Haa.. tu baru sedikit dari bahan-bahan kimia yg beribu2 di pasaran atau di persekitaran kita ni..
Yang lain-lain:


Amacam? Banyak kan.. :-(.. Tu sebab skrg ni ada macam2 penyakit dan semakin ramai orang menghidapi kanser.  Tak caya?

Mungkin kita tak mampu nak menghindari semua bahan kimia ni, tapi sekurang-kurangnya kita mencuba menukarkan produk-produk yang ada sekarang kepada produk-produk yang berasaskan bahan semulajadi (organik/natural) tanpa bahan-bahan kimia seperti SET GET CLEAN dari SHAKLEE. Ia tidak mengandungi bahan kimia yang disebutkan di atas dan ianya berasaskan bahan semulajadi.

 

Ini antara produk-produk barangan kegunaan rumah yang pastinya berasaskan sumber semulajadi tumbuhan. Ianya Selamat, Semulajadi dan pastinya Berkesan.

Okeyla, untuk lebih lanjut pasal GET CLEAN SET ni, di next entri nanti k..:-)
Tapi, if nak tahu lebih detail, boleh hubungi saya, sembang2 kesihatan:

Syareena (Pengedar Sah Shaklee)
whatsapp/telegram 010-2207981
FB: www.facebook.com/healthysakura
Cash On Delivery : Kuching
Pos seluruh Malaysia