Wednesday 18 June 2014

HOMESTAY COCOBAY APARTMENT PORT DICKSON

Assalamualaikum..

Cuti sekolah hari tu saya sekeluarga pergi bercuti rehat di Port Dickson. Bawa anak-anak mandi kolam dan laut.. Request dari anak sulung Hazwan katanya nak mandi kolam. So, kami bermalam di homestay Cocobay Apartment milik ayah saya. Nak promo sikit homestay ni..hehe

Homestay Cocobay Apartment di level G

 Homestay Cocobay Apartment di Port Dickson ni terletak di Bt 7, Telok Kemang. Ia berhampiran dengan Pantai Purnama dan hanya 1-2km dari pantai Telok Kemang. Apartment ini mempunyai 1 bilik tidur utama, ruang tamu, dapur dan 1 bilik air. Dilengkapi dengan penghawa dingin di ruang tamu & bilik tidur, tv, peti sejuk, periuk nasi dan cerek. 
  
 

Cocobay apartment terletak di tepi jalan utama. Tak berapa jauh dari pantai purnama. Boleh jalan kaki dlm 5 minit sampai ikut pintu pagar belakang. Yang buat anak saya suka datang sini sebab ada kolam mandi. Kolam dewasa dan kanak-kanak. Bebas bermandi-manda di kolam pada waktu siang. Tapi, sila awasi anak anda ketika bermandi-anda ye sebab takde life guard yang jaga,,:-). Selain itu, di sekitar apartment terdapat taman permainan kanak2, tennis court, badminton court dan tempat berbarbeque.

Ni permandangan dari apartment. 
 
 
 

Jangan risau tentang keselamatan di sekitar kawasan apartment ini kerana dikawal oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Ianya juga sesuai untuk mereka yang sukakan privasi dan tidak suka suasana yang bising. Selain itu, tak susah nak cari tempat makan sbb banyak kedai makan berdekatan dengan apartment ni.

Sewa dgn harga rm170 semalaman (weekend & public holidays).

Utk tempahan homestay, boleh hubungi/whatsapp 
En Hassan Senawi 013-3407446.





Sunday 15 June 2014

PROMOSI SHAKLEE VITAMIN E - JUNE 2014 BUY 6 FREE 1

Assalamualaikum.

Bulan ini merupakan promosi pembelian Vita-E Complex Buy 6 Free 1 dari Shaklee.


Sebelum tu, jom kenali lebih mengenai Vitamin E.

Vitamin E juga dikenali sebagai alpha-tocopherol, merupakan vitamin larut lemak. Ia merupakan nutrien anti-oksida yang kuat. Apa itu antioksida? Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas, dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetangah penyakit. (sumber dari MyHEALTH KKM, www.myhealth.gov.my/antioksida)

Apa fungsi vitamin E?
- Sebagai antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
- Memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu.
- Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan.
- Mengurangkan parut.
- Mengurangkan tekanan darah.
- Membantu dalam pencegahan katarak.
- Mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
- Meningkatkan pengeluaran air mani.
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot, dan menguatkan dinding kapilari.
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.
- Mencegah anemia.
- Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.

Vitamin E diperolehi melalui pemakanan kita. Ia boleh didapati daripada minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian, semua bijirin, beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, susu, oat, kacang soya, ubi kentang dan gandum.



Banyak fungsi vitamin E ni secara general.

Shaklee mempunyai suplement Vitamin E. Jom kenali lebih mengenai Shaklee Vita-E Complex.

Shaklee Vita-E Complex membekalkan vitamin E dan selenium semulajadi.

Apakah kebaikan selenium tu?


Vitamin E dalam Shaklee Vita-E Complex ini adalah dalam bentuk d-alpha tocopherol. Maka, ianya adalah dari sumber vitamin E semulajadi dan selamat. 1 kapsul Vita-E Complex membekalkan 400IU vitamin E dan Selenium 65mcg. Untuk memperolehi amaun vitamin E yang setimpal melalui pemakanan:

Wow, rasanya agak payah untuk kita memperolehi 400IU vitamin E dari makanan..hmm.. :-D

Manfaat Shaklee Vita-E Complex:
1. Melindungi dari kerosakan oksidatif sel dan kerosakan kelembapan kulit.
2. Melindungi kulit dari sinaran UV.
3. Memelihara salur darah sihat.
4. Memelihara fungsi pembiakan organ.

Malah, kajian telah menunjukkan vitamin E dan Selenium dapat meningkatkan motiliti/pergerakan sperma dan sperma lebih aktif dan sihat.

Nak ketahui harga Vita-E Complex, sila klik link ini : http://sakura-drsyareena.blogspot.com/p/vitamin-e-c.html

TIPS CANTIK DENGAN VITAMIN E.
Selain daripada pengambilan vitamin E, yang best mengenai vitamin E ni, kita boleh jadikan ia sebagai masker muka. 2 tips masker muka dari vitamin E:


1) Ambil sebiji vitamin E dan picit keluar minyak vitamin E dari kapsulnya lalu disapukan ke muka semalaman. Bilas keesokkan harinya.
--> ini yang paling saya suka sebab mudah dan cepat. Pagi esoknya saya rasa kulit saya lebih lembap serta lembut dan tidak kering.

2) Picit Vitamin E dan campurkan bersama ESP + yogurt. Sapu ke seluruh muka sebagai masker dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas. Masker semulajadi, best kan..


Vitamin E untuk masalah kesuburan bagi lelaki.
Vitamin E juga berfungsi memelihara fungsi pembiakan organ serta membantu dalam masalah kesuburan terutamanya bagi lelaki. Ini kerana, kajian mendapati vitamin E boleh meningkatkan keupayaan motiliti sperma, serta menjadikan sperma lebih aktif dan meningkatkan peratusan sperma sihat.

Selain daripada mendapatkan rawatan perubatan untuk masalah kesuburan, kita mungkin boleh berusaha dengan pengambilan suplemen yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan terutama pasangan yang masih belum mempunyai atau sukar memperolehi zuriat. Gabungan suplemen untuk set kesuburan yang dicadangkan bagi lelaki antaranya adalah Vitamin E + Zinc Complex + CoQ Health.

Sempena promosi bulan June ni, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Shaklee Vita-E Comple ni. Cuma tinggal 2 minggu lagi. Kalau anda mendapatkan promosi bulan ini, anda juga layak :
1) Keahlian Shaklee percuma untuk seumur hidup (bernilai RM75 bg semenanjung/Rm85 Sabah Sarawak)
2) Percuma satu botol vitamin E bernilai RM149.
3) Cash Rebate dari Shaklee (~ Rm30+)
4) Berpeluang menjana pendapatan sampingan (anda akan dimasukkan ke group coaching eksklusif melalui whatsapp dan FB)
5) Konsultasi kesihatan percuma dan ekslusif.




Jom hubungi saya,
Rakan Shaklee Anda

Syareena
010-2207981
FB : www.facebook.com/healthysakura
Emel: syareena@gmail.com


Tuesday 10 June 2014

SHAKLEE PERFORMANCE - MENGELAK DEHIDRASI

Assalamualaikum..

Sekarang ini, keadaan cuaca tak menentu. Sebelum ni, kita diberitahu tentang fenomena El-Nino, iaitu cuaca panas berpanjangan bermula bulan Jun/Julai dan dijangka boleh berterusan sehingga 18 bulan. MasyaAllah..

Hujung minggu lepas, saya sekeluarga telah pergi bercuti ke Melaka. MasyaAllah, cuacanya panas yang amat. Tiada hujan, dengan keadaan panas terik sehingga rasa terbakar kulit ni. Tambahan bersama-sama dengan anak-anak, lagilah kita risau tentang kesihatan mereka kan. Cuaca terlalu panas boleh sebabkan demam.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan nasihat kesihatan kepada orang awam mengenai masalah yang timbul ekoran cuaca panas yang berpanjangan. Cuaca panas bukan perkara yang boleh diambil ringan kerana ianya boleh  mendatangkan masalah kesihatan, kemudaratan dan paling menakutkan menyebabkan kematian terutamanya kepada kanak-kanak dan warga emas. Masalah kesihatan yang disebut 'heat stroke' atau strok haba.

Di bawah ini disertakan poster nasihat kesihatan daripada KKM.



Seperti dinyatakan di atas, gejala-gejala yang timbul jika cuaca terlalu panas adalah seperti pening, keletihan berlebihan, hilang tumpuan, sakit kepala, lemah otot-otot/kekejangan, mual dan muntah. Untuk elakkan dari mengalami gejala-gejala berikut, kita dinasihatkan untuk banyak minum air (air kosong/isotonik, bukan air manisan ye), berada di kawasan yang redup/sejuk, memakai pakaian yang longgar dan tidak menyerap haba dan lain-lain.

Di pasaran, terdapat minuman berisotonik yang dijual selalunya adalah berkarbonat. Oleh itu, saya lebih menyukai produk minuman dari Shaklee iaitu PERFORMANCE DRINK. Saya nak cerita sedikit pasal Performance Drink dari Shaklee ni.


Shaklee Performace Eksklusif Opti-Lyte membantu penghidratan sempurna dan mengekalkan tenaga. Dalam tubuh kita, elektrolit adalah penting dalam menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf-saraf dan otot-otot badan. Shaklee Performance mengandungi elektrolit & mineral iaitu Sodium (Na+), Klorid (Cl+), Magnesium (Mg+), Kalsium (Ca+) dan Potasium (K+). Elektrolit-elektrolit ini berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan cecair badan. Shaklee Performance juga mengandungi karbohidrat ringkas iaitu glukos dan fruktos yang berfungssi membekalkan tenaga serta merta dan Maldodekstrin yang membekalkan tenaga berterusan.

Kandungan setiap 3 sudu besar Performance boleh rujuk di sini :
http://sakura-drsyareena.blogspot.com/p/blog-page_24.html

Kebaikan yang terdapat dalam Shaklee Performance ialah:
1) Ia dapat mencegah dehidrasi.
2) Mengurangkan kekejangan.
3) Meningkatkan prestasi ahli sukan.

Shaklee Performance ini direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Namun, kini ia juga merupakan pilihan para atlet bertaraf antarabangsa & pengembara terkemuka dunia kerana ia membekalkan tenaga ketika bersukan atau mengembara.

Pastinya, Shaklee Performance ini sangat sesuai untuk kita, tidak kira peringkat usia, ketika cuaca panas sekarang ini. Selain itu, sesuai juga diambil ketika bulan puasa yang bakal menjelma. Selalunya saya akan bancuh dalam satu jug, kemudian disejukkan di dalam peti sejuk dan diminum oleh seisi keluarga bila perlu. :-)

Dan semestinya, semua produk Shaklee adalah selamat dan terbukti berkesan secara klinikal. Kajian klinikal yang dijalankan bagi produk Shaklee Performance ini boleh rujuk ke link di bawah:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed

Untuk pembelian, boleh klik ke link dibawah:
www.shaklee2u.com.my/performancedrink (pembelian terus dari syarikat Shaklee)

Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee, konsultasi, atau pembelian terus dari saya, hubungi saya:

Pengedar Sah Shaklee,
SYAREENA
whatsapp/sms 010-2207981
syareena@gmail.com
FB : www.facebook.com/healthysakura

Monday 9 June 2014

MENJANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE

Assalamualaikum..

Pada mulanya, saya menyertai Shaklee sebagai ahli adalah supaya saya dapat membeli produk Shaklee dengan harga ahli. Saya telah 'jatuh cinta' dengan suplemen Shaklee dan mahu konsisten mengambil suplemen Shaklee. Ini kerana ia sangat berkesan untuk saya. So, of course saya mahukan penjimatan lebih kerana harga ahli adalah ~25% lebih murah dari harga bukan ahli. Lebih jimat bukan??

Setelah beberapa bulan, saya mula terfikir, mengapa tidak saya menjana pendapatan sampingan bersama Shaklee. Tak salah kan? lagipun saya sangat suka dengan produk shaklee dan saya juga mahu orang lain tahu mengenai keberkesanan suplemen dari Shaklee ini. Nape tidak saya share dengan orang lain mengenai manfaat produk shaklee ni kan.

Alhamdulillah, saya berada dalam group yang betul. Upline saya adalah sahabat saya semasa sekolah agama dan sekolah menengah. Memang tak sangka, kerana Shaklee kami bertemu semula. Melalui Shaklee juga saya berjumpa balik dengan kawan-kawan lama, kami sama-sama di bawah susur galur yang sama.. Dalam group kami ni, mentor-mentor kami semua sangat hebat. Tapi tak ada yang lebih hebat dengan leaders yang saling mengingati sesama kami pentingnya kebergantungan kepada Allah yang Maha Esa. Amal ibadah wajib dan sunat sentiasa dititikberatkan, kerana rezeki hanya daripada Allah. Kita berusaha dan berusaha disamping sentiasa berdoa kepadaNya.

Dalam Shaklee, kami sama-sama saling membantu, coaching secara online atau offline, motivasi dan pembakar semangat agar terus berjuang & sentiasa positif. Dalam Shaklee, semua boleh berjaya, yang penting usaha. Usaha lebih, pendapatan pun lebih. Shaklee merupakan syarikat MLM yang patuh syariah. Tiada istilah upline menindas downline. Downline boleh berjaya dan mengatasi upline, dengan syarat usaha tanpa jemu dan tidak berputus asa.

Di samping coaching secara maya atau online, melalui whatsapp group/telegram atau facebook group, downline/distributor baru akan diberi panduan serta motivasi bagi memulakan pendapatan sampingan bersama Shaklee. Syarikat Shaklee juga turut mengadakan kursus/seminar untuk membentuk ciri kepimpinan dalam diri, kursus kesihatan serta kursus mengenai produk. Yang penting, diri kita mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menyertai kursus-kursus tersebut.

Ini merupakan perjumpaan kecil kami - offline coaching bersama upline dan sidelines saya. Apabila kita dalam berjemaah, ukhwah terbentuk dan segala yang susah akan menjadi lebih mudah. Kita dapat mempelajari lebih banyak tips yang berguna untuk bisnes kita. Yang penting, jangan malu dan segan dgn apa kata org, serta lakukan apa yang orang dah berjaya lakukan sebelum ini. Buang semua ALASAN. Jangan cipta alasan. JUST DO IT!! Yang penting apa yg kita lakukan tidak melanggar batas syariat agama kita serta berbisnes secara jujur. Allah sentiasa bersama kita, selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal.

Jom kita bersama2 menjana pendapatan sampingan. Kita sama2 berusaha mencapai financial freedom. Hubungi saya utk join team saya serta ingin mengetahui Shaklee biz plan.

SYAREENA
Whatsapp 010-2207981
Like FB : healthysakura