Sunday 15 June 2014

PROMOSI SHAKLEE VITAMIN E - JUNE 2014 BUY 6 FREE 1

Assalamualaikum.

Bulan ini merupakan promosi pembelian Vita-E Complex Buy 6 Free 1 dari Shaklee.


Sebelum tu, jom kenali lebih mengenai Vitamin E.

Vitamin E juga dikenali sebagai alpha-tocopherol, merupakan vitamin larut lemak. Ia merupakan nutrien anti-oksida yang kuat. Apa itu antioksida? Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas, dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetangah penyakit. (sumber dari MyHEALTH KKM, www.myhealth.gov.my/antioksida)

Apa fungsi vitamin E?
- Sebagai antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
- Memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu.
- Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan.
- Mengurangkan parut.
- Mengurangkan tekanan darah.
- Membantu dalam pencegahan katarak.
- Mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
- Meningkatkan pengeluaran air mani.
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot, dan menguatkan dinding kapilari.
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.
- Mencegah anemia.
- Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.

Vitamin E diperolehi melalui pemakanan kita. Ia boleh didapati daripada minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian, semua bijirin, beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, susu, oat, kacang soya, ubi kentang dan gandum.



Banyak fungsi vitamin E ni secara general.

Shaklee mempunyai suplement Vitamin E. Jom kenali lebih mengenai Shaklee Vita-E Complex.

Shaklee Vita-E Complex membekalkan vitamin E dan selenium semulajadi.

Apakah kebaikan selenium tu?


Vitamin E dalam Shaklee Vita-E Complex ini adalah dalam bentuk d-alpha tocopherol. Maka, ianya adalah dari sumber vitamin E semulajadi dan selamat. 1 kapsul Vita-E Complex membekalkan 400IU vitamin E dan Selenium 65mcg. Untuk memperolehi amaun vitamin E yang setimpal melalui pemakanan:

Wow, rasanya agak payah untuk kita memperolehi 400IU vitamin E dari makanan..hmm.. :-D

Manfaat Shaklee Vita-E Complex:
1. Melindungi dari kerosakan oksidatif sel dan kerosakan kelembapan kulit.
2. Melindungi kulit dari sinaran UV.
3. Memelihara salur darah sihat.
4. Memelihara fungsi pembiakan organ.

Malah, kajian telah menunjukkan vitamin E dan Selenium dapat meningkatkan motiliti/pergerakan sperma dan sperma lebih aktif dan sihat.

Nak ketahui harga Vita-E Complex, sila klik link ini : http://sakura-drsyareena.blogspot.com/p/vitamin-e-c.html

TIPS CANTIK DENGAN VITAMIN E.
Selain daripada pengambilan vitamin E, yang best mengenai vitamin E ni, kita boleh jadikan ia sebagai masker muka. 2 tips masker muka dari vitamin E:


1) Ambil sebiji vitamin E dan picit keluar minyak vitamin E dari kapsulnya lalu disapukan ke muka semalaman. Bilas keesokkan harinya.
--> ini yang paling saya suka sebab mudah dan cepat. Pagi esoknya saya rasa kulit saya lebih lembap serta lembut dan tidak kering.

2) Picit Vitamin E dan campurkan bersama ESP + yogurt. Sapu ke seluruh muka sebagai masker dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas. Masker semulajadi, best kan..


Vitamin E untuk masalah kesuburan bagi lelaki.
Vitamin E juga berfungsi memelihara fungsi pembiakan organ serta membantu dalam masalah kesuburan terutamanya bagi lelaki. Ini kerana, kajian mendapati vitamin E boleh meningkatkan keupayaan motiliti sperma, serta menjadikan sperma lebih aktif dan meningkatkan peratusan sperma sihat.

Selain daripada mendapatkan rawatan perubatan untuk masalah kesuburan, kita mungkin boleh berusaha dengan pengambilan suplemen yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan terutama pasangan yang masih belum mempunyai atau sukar memperolehi zuriat. Gabungan suplemen untuk set kesuburan yang dicadangkan bagi lelaki antaranya adalah Vitamin E + Zinc Complex + CoQ Health.

Sempena promosi bulan June ni, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Shaklee Vita-E Comple ni. Cuma tinggal 2 minggu lagi. Kalau anda mendapatkan promosi bulan ini, anda juga layak :
1) Keahlian Shaklee percuma untuk seumur hidup (bernilai RM75 bg semenanjung/Rm85 Sabah Sarawak)
2) Percuma satu botol vitamin E bernilai RM149.
3) Cash Rebate dari Shaklee (~ Rm30+)
4) Berpeluang menjana pendapatan sampingan (anda akan dimasukkan ke group coaching eksklusif melalui whatsapp dan FB)
5) Konsultasi kesihatan percuma dan ekslusif.




Jom hubungi saya,
Rakan Shaklee Anda

Syareena
010-2207981
FB : www.facebook.com/healthysakura
Emel: syareena@gmail.com


No comments:

Post a Comment