Thursday 10 April 2014

KALSIUM DAN KEPENTINGANNYA

Assalamualaikum,

Apa itu kalsium? Kalsium adalah mineral penting yang diperlukan oleh tubuh untuk kelancaran pelbagai fungsi dalam tubuh.

Apakah fungsinya?
1) Pembentukan tulang dan gigi serta mengekalkan kesihatan serta kekuatan tulang dan gigi.
2) Membantu proses pembekuan darah.
3) Untuk transmisi impul saraf.
4) Memastikan kenormalan rentak degupan jantung.

99% dari kalsium dalam tubuh kita disimpan di dalam tulang dan gigi. Baki 1% pula terdapat di dalam darah dan tisu lain dalam tubuh.

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kita mengalami simptom-simptom seperti kebas-kebas kaki terutama waktu malam/sejuk, akit sendi, sakit pinggang, lenguh-lenguh atau sakit gigi terutamanya wanita yang mengandung dan menyusukan bayi. Selain itu, boleh juga menyebabkan osteoporosis iaitu kerapuhan tulang-tulang terutamanya apabila kita semakin meningkat usia. 

Tubuh memperolehi kalsium melalui 2 cara:


1) Pemakanan kita yang tinggi kalsium atau suplement.
Contoh makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium adalah:
- Susu tinggi kalsium
- Keju
- Yogurt
- Seaweeds
- Kacang dan bijirin seperti postachio, bijan, almond, kacang hazel
- Beans
- Buah Ara
- Brokoli
- Bayam
- Tofu
- Sayur Dandelion
- Soya
- Ikan bilis.

Namun, terdapat beberapa sayuran hijau yang mengandungi paras oxalic acid yang tinggi yang akan mengganggu penyerapan kalsium oleh tubuh.

2) Tulang dan gigi kita yang menjadi simpanan kalsium.
Ini akan berlaku sekiranya paras kalsium dalam darah terlalu rendah, ini selalunya berlaku apabila kita tidak mengamalkan diet tinggi kalsium untuk jangkamasa tertentu. Oleh demikian, tubuh kita 'terpaksa' menggunakan simpanan kalsium tubuh yang terdapat di dalam tulang dan gigi.

Berapakah rekomendasi pengambilan kalsium seharian bagi setiap peringkat usia?
- 0 ke 6 bulan : 200mg/day
- 7 ke 12 bulan : 260mg/day
- 1 ke 3 tahun : 700mg/day
- 4 ke 8 tahun : 1000mg/day
- 9 ke 18 tahun : 1300mg/day
- 19 ke 50 tahun : 1000mg/day
- Remaja mengandung dan menyusukan bayi : 1000mg/day
- Dewasa mengandung dan menyusukan bayi : 1000mg/day
- 51 ke 70 tahun (lelaki) : 1000mg/day
- 51 ke 70 tahun (wanita) : 1200mg/day
- 71 tahun ke atas : 1200mg/day.

Anda di peringkat mana?
Peringkat remaja memerlukan kalsium yang tinggi kerana pertumbuhan tulang adalah maksimum semasa itu.

Bagi memastikan kita memperolehi kalsium yang mencukupi, kita perlu mengamalkan pemakanan yang tinggi kalsium setiap hari. Sumber yang paling kaya dengan sudah tentulah susu. Namun, adakah di kalangan kita yang meminum susu mengikut rekomendasi yang diberikan setiap hari?

Rekomendasi pengambilan susu bagi mendapatkan keperluan kalsium setiap hari adalah seperti berikut:

Kanak-kanak 4 ke 8 tahun : 3 hidangan/gelas
Kanak-kanak 9 ke 18 tahun : 4 hidangan/gelas
Dewasa 19 ke 50 tahun : 3 hidangan/gelas
Dewasa 50 tahun ke atas : 4 hidangan/gelas.

Wow, bagi saya sendiri pun rasanya tak banyak sangat minum susu setiap hari.

Oleh itu, adakah kita dalam kalangan yang perlu mengambil suplemen kalsium??
Sekiranya anda yakin diet seharian anda mengandungi cukup kalsium serta seorang yang sangat aktif bersukan, mungkin anda tidak perlu mengambil suplemen ini. Namun, sekiranya anda seorang yang tidak suka minum susu atau makanan yang mengandungi kalsium, seorang warga emas, vegetarian, atau alergi kepada lactose/susu mungkin perlu dipertimbangkan untuk mengambil suplemen kalsium.

Maka, suplemen kalsium yang mana yang paling baik?
Sekiranya anda ingin mengambil suplemen kalsium, pastikan suplement tersebut mempunyai ciri-ciri berikut:

1) Dilengkapi dengan Vitamin D
Vitamin D akan memaksimakan penyerapan kalsium di usus serta membantu mengawal paras kalsium dalam darah. Ia juga membantu mengurangkan kehilangan kalsium melalui ginjal.

2) Mengandungi Magnesium
Magnesium merupakan mineral yang sukar disimpan di dalam tubuh. Ia membantu penyerapan kalsium dan mengekalkan kalsium dalam tubuh. Magnesium bertindak baik bersama kalsium untuk membina matrix tulang yang kuat dan kukuh. Magnesium juga bergabung dengan kalsium membantu mengatasi masalah insomnia, maka kita akan tidur dengan lena.

3) Dari sumber Calcium Citrate
Calcium Citrate mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi ke dalan tubuh.


Ketiga-tiga ciri ini terdapat di dalam supplemen kalsium Shaklee iaitu OSTEMATRIX.





Bulan April ini merupakan promosi Ostematrix. Beli 6 Percuma 1.



Pilihan di tangan anda. Dapatkan suplemen terbaik dan selamat untuk anda.

Pilih SHAKLEE. SENTIASA SELAMA. SENTIASA BERKESAN. SENTIASA MESRA ALAM.

Rakan Shaklee Anda:
SYAREENA
010-2207981
FB: healthysakura

No comments:

Post a Comment