Friday 11 July 2014

VIVIX - MINUMAN TONIK DARI SHAKLEE

Bulan ni merupakan promosi terhebat dari Shaklee iaitu VIVIX!!


Meh nak criter pasal Vivix ni..:-).

Apa VIVIX tu?
VIVIX adalah produk terbaik dari Shaklee, ekslusif hanya di Shaklee. Apa yg bestnya?
Ia adalah minuman campuran botani, revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan semulajadi.


Apa kelebihan/kebaikan setiap bahan2 dalam VIVIX ni?
1) Polygonum Cuspidatum : Atau knotweed jepun adalah sumber komersial resveratrol. Resveratrol diuji membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

2) Anggur Musadine : Mempunyai kandungan asid ellagik yg sangat tinggi, sumber antioksidan dan antiradang terbaik. Mengandungi 40x ganda polifenol dari yg terdapat dalam wine merah

3) Lobak Ungu : Merupakan sumber terbaik Vitamin A, tahap antioksidan paling tinggi. Mengandungi asid klorogenik yg bertanggungjawab mengurangkan diabetes, antiradang dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

4) Elderberi Eropah : mengandungi vitamin C yang tinggi, membantu meningkatkan sistem imun terutama terhadap jangkitan virus & bakteria, antiradang dan meningkatkan kecantikan kulit.

Secara kimianya, VIVIX ni mengandungi resveratrol dan 15 polifenol dari sumber tumbuh-tumbuhan yang terbaik dan semulajadi. VIVIX ni 10 kali ganda berkesan dari resveratrol sahaja. WOW!!


Macammana VIVIX ni bertindak?

VIVIX ni bertindak di peringkat sel. Sel adalah asas pembentukan tubuh kita. VIVIX bertindak melalui 4 mekanisme iaitu
1) pembaikan dan perlindungan sel (DNA)
2) Pertahanan sel - dgn memberi kesan positif pada pengawalan genetik
3) Menggalakkan penghasilan tenaga (mitokondrial)
4) Meningkatkan prestasi sel - melambatkan penghasilan AGE protein


 Antara manfaat VIVIX ni :
- agen antipenuaan & antioksidan yang kuat secara semulajadi
- Meningkatkan sistem imun
- Mengurangkan risiko diabetes
- Membantu meningkatkan kesihatan sendi dan buah pinggang
- Mengurangkan risiko jantung
- Baik utk pesakit kanser (terutama selepas rawatan kemoterapi)
- Membantu mengurangkan insiden penyakit nyanyuk / Alzheimer
- Menggalakkan penurunan berat badan
- Menyokong kesihatan mata
- Membantu mengurangkan/menghentikan ketagihan merokok

 

Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan tapi payah sangat nak telan pil/kapsul, VIVIX adalah terbaik utk anda. :-)


JOM tengok plak testimoni mereka yang mengambil VIVIX.

Bagi pengalaman suami saya yang ambil VIVIX ni, mmg ia sgt best sbb dia rasa lebih bertenaga dan kurang letih. Dia boleh membuat kerja-kerja berat tanpa cepat rasa letih. Selain itu, dia ambil VIVIX ni utk mengurangkan rasa nak merokok tu. Walaupun dia dah berhenti merokok, tapi kadangkala rasa nak merokok tu ada. Alhamdulillah, lepas ambil VIVIX, dia dh tak rasa nak merokok lagi. TAPI dia ada mengalami HEALING CRISIS pada mula ambil VIVIX iaitu dia rasa mengantuk di minggu pertama minum VIVIX ni..heheh..


Testimoni org lain pula :
Beliau adalah bekas pengacara NTV7 yang merupakan bekas penghidap kanser. Selepas tamat rawatan kemoterapi, beliau konsisten mengambil VIVIX. Saya berjumpa sendiri dgn beliau di satu majlis, dan beliau kelihatan awet muda & aktif, sedangkan dia sudah berusia hampir 50 tahun.


VIVIX ni boleh diambil secara 'solo' sahaja atau kombinasi bersama suplemen lain bagi memberi kesan kesihatan yang optimum. Terdapat pelbagai kombinasi set kesihatan cadangan dar Shaklee, antaranya:

A) SET KECANTIKAN KULIT FLAWLESS
- terdiri daripada VIVIX, Collagen Powder, Isolated Soy Protein ESP, Vitamin E dan Sustained Release Vita-C Plus.
- Jika berminat untuk pembelian, sila klik link ini: www.shaklee2u.com.my/setflawless

B) SET KESIHATAN JANTUNG
Berminat untuk pembelian, sila klik link ini : www.shaklee2u.com.my/jantungsihat


C) SET IMMUNE BOOSTER

Berminat untuk pembelian Set Immune Booster, klik di sini :
https://www.shaklee2u.com.my/immunebooster


Setiap pembelian yang terdiri daripada VIVIX, anda akan menjimatkan kos penghantaran.

Pembelian VIVIX juga, anda perlu menghubungi saya di 010-2207981 kerana anda layak mendapat keahlian percuma Shaklee untuk seumur hidup serta penjimatan lebih banyak untuk pembelian yang akan datang. :-)

SYAREENA,
Shaklee Independent Distributor
010-2207981
Instagram: hasnursyareena
FB: healthysakura

Wednesday 9 July 2014

HAZWAN - MEAL SHAKES dan ASMA

Assalamualaikum..

Lama saya tak kongsi dalam blog ni. Kali ni saya nak sgt kongsi pasal pengalaman saya, usaha saya, ikhtiar saya supaya anak sulung saya, Hazwan, dapat sembuh dari penyakit asma. Hazwan disahkan kena asma masa umur dia kurang dari setahun. Masa tu, mmg susah sangat saya rasa sbb anak saya kena admit ward 3 kali dalam tempoh setahun. Tambahan pula masa tu tgh outbreak H1N1 iaitu tahun 2009 dan Hazwan juga disahkan dijangkiti H1N1. Hazwan diberi rawatan susulan dgn pakar kanak2 dan kena amik macam2 ubat, dari ubat serbuk hinggalah ke inhaler. Kecik lagi Hazwan dah kena makan macam2 ubat. Belum lagi dgn antibiotik dan prednisolone yang Dr bg bila dia kena acute attack. Hati ibu mana yang x sedih dan risau. Kalau dia kena attack, saya pastinya ambil urgent leave sbb sy tak percaya penjaga di nurseri boleh menjaga dia dgn baik serta perasan sekiranya asma Hazwan semakin teruk.

Tapi Alhamdulillah, apabila berumur 2-3 tahun, Hazwan dah tak pernah admit ke hospital, tapi masih dalam rawatan inhaler. Selalu 2-3 bulan pasti Hazwan kena asma attack, tapi tak teruk. So setahun, berkali2 la kena attack, especially bila batuk selsema..adui.. Macam-macam petua tradisional dah saya cuba, dari hati unta, madu dan macam-macam. Tapi, semua tak konsisten. Sbb apa? Sebab Hazwan tak nak makan. Budak2, kalau depa x suka, paksa macamana pun diorang takkan nak bukan?

So, selama 5 tahun la Hazwan follow up dgn pakar kanak-kanak utk asma dia. So, awal tahun ni, saya baru 'berkenalan' dgn Shaklee sbb saya ambil set menyusu bayi selepas melahirkan adik Hazwan. Dari kongsi-kongsi pengguna Shaklee, depa suggest ambil Meal Shakes utk mengatasi masalah Hazwan. Nak dijadikan cerita, bulan Februari hari tu, Hazwan masuk hospital lagi sebab kena asma. Masa tu jerebu teruk di Kuala Lumpur. Apa lagi, Hazwan kena batuk dan asma. Rawatan susulan selepas itu, ubat Hazwan dinaikkan dos nya.. :-(.. ahh. stress juga sbb aim saya nak Hazwan dikurangkan dos inhalernya dan seterusnya dpt berhenti rawatan asma.

So, lepas tu sy nekad nak bg Hazwan minum Meal Shakes yang dicampur ke dalam susunya. Sy fikir serta kaji kandungan Meal Shakes tu, tak salah bagi saya utk cuba bagi Hazwan Meal Shakes. Kalau ia berkesan, ia adalah satu kebaikan buat Hazwan. Meal Shakes merupakan sumber susu protein yang lengkap dgn semua 24 vitamin, dan mineral serta 9 asid amino penting yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Alhamdulillah, Hazwan sgt suka dgn Meal Shakes yg dicampur dgn susunya. Sebab katanya, sedap. So, misi saya utk pastikan Hazwan konsisten ambil Meal Shakes jadi lebih mudah..hehehe.. Saya bancuh 1 scoop / 1 sudu besar 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.


Apa yang membuatkan saya nak share pasal Meal Shakes ni sbb selepas Hazwan KONSISTEN meminum Meal Shakes, dia jarang kena batuk selsema. Dan yang paling best, dia belum kena asma attack walaupun kat KL ni jerebu. Tambahan juga dia seorang budak yg aktif, suka bermain. So far, dah 5 bulan dia tak kena asma. ALHAMDULILLAH, syukur pada Allah. Allah yg memberi izin, kita hanya berusaha. Kalau sebelum ni 2-3 bulan, pasti dia kena asma attack. Saya betul2 berharap, selepas ni dos inhaler Hazwan dapat dikurangkan bila dia pergi follow up Dr Pakar Kanak-kanak.



Selain itu, Hazwan juga saya bagi Chewable Vita C dan OmegaGuard, iaitu sebahagian dari Set Kanak-Kanak yang disyorkan.. Vitamin tu sbg immune booster, manakala OmegaGuard utk membantu meningkatkan perkembangan dan kecerdasan otak.


Jika ada yang berminat nak cuba Meal Shakes atau Set Kanak-Kanak, boleh order di link di bawah:

https://www.shaklee2u.com.my/SetKanakSihat (pembelian terus dari Syarikat Shaklee).

Untuk pertanyaan, konsultasi cara pengambilan atau pembelian terus dari saya, boleh hubungi saya.
Syareena (010-2207981)
Like : FB healthysakura