Monday 13 January 2014

PERMULAAN PERKENALAN KEPADA SHAKLEE..

Assalamualaikum. 


      Shaklee.. Saya tidak pernah langsung mendengar atau diperkenalkan dengan supplemen Shaklee sebelum ini. So macamana saya boleh mula menggunakannya dan tertarik kepada supplemen Shaklee ini??

      Semuanya bermula semasa saya sedang mengandungkan anak saya yang kedua. Ketika itu saya sedang mencari set berpantang untuk digunakan semasa saya berpantang nanti. Kandungan saya pada ketika itu lebih kurang 8 bulan. So, pada ketika itu saya telah membuat survey di dalam internet. Saya lihat banyak testimoni yang bagus mengenai set berpantang Shaklee. Namun, pada ketika itu saya amat skeptikal mengenainya kerana ia merupakan supplemen vitamin seperti yang terdapat di pasaran.

      Saya tidak membeli set berpantang Shaklee, sebaliknya saya membeli set berpantang dari jenama yang lain (tradisional). Tetapi, semasa saya berpantang, saya terasa badan saya sangat tidak bermaya. Tambahan pula anak menghidapi jaundis, so saya tidak mahu mengambil minuman atau pil herba kerana khuatir jaundis anak akan bertambah teruk ( plus, saya taknak anak saya kena admit sebab jaundis dan cukuplah pengalaman bermalam di hospital ketika anak pertama sakit dulu). Ketika itu saya terfikir untuk mencuba set berpantang Shaklee.

      Selain itu, saya juga perlu sentiasa rasa cergas dan bertenaga kerana saya berpantang sendirian. Hanya ada suami sahaja yang membantu. Mak mertua saya hanya menjaga saya selama seminggu sahaja. Selebihnya, saya lakukan sendiri dengan bantuan suami. Tambahan, saya juga mencari produk yang dapat merangsang penghasilan susu badan yang banyak bagi menyusukan anak saya.

       Akhirnya, saya menghubungi kawan lama saya yang merupakan agen Shaklee (dari post-post FB  beliau :-), saya mengagak dia adalah agen Shaklee). Thanks to her (www.ana-bikhair.blogspot.com). Beliau mencadangkan agar saya mengambil set berpantang Shaklee bersama Alfalfa Complex untuk merangsang penghasilan susu. Kenapa saya hanya mengambil alfalfa sahaja, dan tidak bersama produk Shaklee yang lain dalam set menyusukan anak. Ini kerana saya ni jenis tidak minum air soya. Memang tekak ni susah sgt nak terima air soya..haha.. so saya cuma ambil alfalfa je la setelah dicadangkan oleh rakan saya itu. Yela, dari langsung takde. At least kita cuba dulu untuk lihat hasilnya nanti kan..

        Pada awalnya, memang tidak rasa apa-apa perubahan pun. Tapi lama kelamaan, baru saya rasa perubahannya. Set berpantang Shaklee sangat berkesan kerana ia memberi tenaga dan saya tidak cepat letih walaupun kurang tidur pada waktu malamnya. Untuk pengetahuan semua, semasa berpantang, anak saya itu kuat meragam. Bila masuk waktu malam, si kecil tu mesti tidak mahu tidur dan menangis sekuat-kuatnya ketika hendak tidur. Saya hanya dapat tidur 4-5 jam sahaja. Kadang-kadang tu 3-4 jam je.. Rasanya, siapa-siapa yang pernah mengalami situasi macam saya, pasti dapat memahaminya. Pada masa tu, hanya Allah je yang tahu betapa stress dan letihnya saya. Bayangkan ketika berpantang, anda sendiri melakukan kerja rumah bersama suami serta menguruskan 2 orang anak??

          Namun, Alhamdulillah, dengan set berpantang Shaklee, saya masih bertenaga. Alangkah bagusnya sekiranya saya mengenali Shaklee dengan lebih awal ketika melahirkan anak pertama saya dahulu.

Cadanga set berpantang yang saya ambil adalah Vitalea, Vitamin B Complex, Chewable Vitamin C dan Zinc Complex.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk-produk Shaklee, hubungi saya di:


Rakan Shaklee Anda:
SYAREENA
010-2207981
syareena@gmail.com

No comments:

Post a Comment