Wednesday 29 January 2014

KEPERLUAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Assalamualaikum.

Saya percaya, semua orang tahu akan kepentingan pemakanan seimbang untuk menjamin kesihatan yang baik. Badan kita memerlukan semua nutrien penting untuk keperluan harian. Saya yakin, walaupun kita tahu pemakanan seimbang itu penting, tapi kita tidak dapat mengambil makanan secara seimbang. Ini disebabkan aktiviti harian kita yang sangat sibuk dengan kerjaya sehingga bila tiba waktu makan pun kita tak sempat nak makan. Betul tak? Saya cakap atas pengalaman diri sendiri. Saya sebagai pegawai perubatan di hospital kerajaan, bila waktu klinik dengan pesakit yang ramai, kadang-kadang tak sempat pun makan breakfast or lunch, apatah lagi bila pesakit dah ramai menunggu. So sementara menunggu pesakit mendaftar, dapatlah makan pagi yang ringkas secepat yang mungkin. Sebelum pergi kerja tergesa-gesa nak urus anak, suami dan diri sendiri, bila masa nak sarapan kat rumah. Bila makan tengahari, kalau pesakit masih ramai, alamatnya makan lambatlah. Tu pun kalau ada makanan lagi yang dijual..hahaha.. petang pula ada klinik lagi.. tergesa-gesa lagi.. itu life saya seharian semasa bekerja la, itu pun waktu kerja saya adalah ‘office hour’. Kalau dulu masa ‘houseman’ or kena ‘oncall’ lagi la haru biru masa makan saya. Tak tahu pula macamana rakan-rakan yang lain..

So, macam mana sehari tu nak dapat semua khasiat yang diperlukan oleh badan?? Kalau kita betul-betul ambil pemakanan seimbang, masak dengan cara masakan yang betul (eg sayur tak terlalu layu dimasak hingga hilang vitamin yang terkandung di dalamnya), kita tak perlulah ambil supplemen tambahan..  tapi kalau tidak, rasanya kita perlu juga mengambil supplemen untuk memberi tenaga dan menjaga kesihatan..

Karbohidrat, protein dan lemak adalah nutrisi asas dan penting untuk tubuh kita bagi mendapatkan tenaga keperluan harian. Walaubagaimanapun, pengambilan bahan-bahan tersebut hendaklah bersesuaian dengan keperluan kita mengikut aktiviti dan pekerjaan kita seharian. Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan obesiti dan penyakit-penyakit kronik. Kita boleh merancang kuantiti pengambilan karbohidrat, protein dan lemak untuk sehari berdasarkan piramid makanan dibawah ini:




Selain itu, vitamin-vitamin juga diperlukan untuk kesihatan tubuh kita. Ia diperlukan hanya dalam kuantiti yang kecil. Vitamin-vitamin ini tidak dapat dihasilkan oleh badan kita tapi terdapat dalam makanan yang dimakan. Kekurangan vitamin penting ini boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang tertentu. Vitamin-vitamin ini dikategorikan kepada :
-  Vitamin larut lemak : vitamin A, D, E, K
-  Vitamin larut air : Vitamin B dan C.


Namun perlu diingatkan, terdapat beberapa jenis vitamin yang mana pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan kesan toksisiti (toxicity) kepada kita iaitu vitamin A, B6 dan D. Oleh yang demikian, janganlah dalam kita asyik nak ambil supplemen itu ini untuk kesihatan, kita ambil secara berlebihan pula. Kita juga perlu tahu apa ubat-ubatan yang kita ambil sekiranya kita hendak mengambil supplemen tambahan kerana kita tidak mahu ada apa-apa kesan sampingan atau interaksi yang tidak diingini pada badan kita yang satu ini. Sebagai contoh, sekiranya kita ada mengambil ubat untuk merawat jerawat yang teruk, kita tidak boleh mengambil supplemen yang mengandungi banyak Vitamin A. Begitu juga kalau kita sedang mengambil ubat pencair darah seperti warfarin.  Sekiranya tak pasti ubat apa yang diambil, jumpalah doktor anda dan dapatkan kepastian daripadanya.

Produk Shaklee ada menawarkan set kesihatan keluarga yang lengkap untuk keperluan kita sekeluarga. Ianya lengkap semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Kita hanya hidup sekali sahaja, maka jagalah kesihatan sebaiknya. Cadangan Set Kesihatan Keluarga dari Shaklee terdiri daripada Vitalea, Sustained Release Vitamin C, B Complex with Folic Acid dan ESP-Soy Protein Isolate Powder.


Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk-produk Shaklee, boleh hubungi :

Rakan Shaklee Anda,
SYAREENA
Whatsapp/SMS 010-2207981
syareena@gmail.com

No comments:

Post a Comment