Saturday 18 January 2014

PENYUSUAN BAYI

Assalamualaikum..

Kali ini saya nak berkongsi pula tentang set penyusuan Shaklee yang saya ambil. Saya tidak ambil full set tetapi hanya produk Alfalfa Complex.  Saya berharap dapat memberi susu badan secara eksklusif untuk anak saya. Walaupun ada masa saya terpaksa menggunakan susu formula. Namun, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk menambahkan penghasilan susu ibu. Oleh itu, saya telah mencuba produk Shaklee.
               
                Semasa saya mengandungkan anak pertama saya, minggu pertama kelahiran anak saya, memang penghasilan susu sangat kurang. Malah, saya telah mengambil ubat (untuk seketika) bagi merangsang penghasilan susu ibu. Tapi Alhamdulillah, masa tu saya berjaya juga menyusukan anak selama setahun.
                
                Untuk kali ini, saya berharap saya dapat menyusukan anak dengan susu ibu sebanyak yang mungkin, mengurangkan penggunaan susu formula dan dapat menyusukannya sehingga 2 tahun. Untuk set penyusuan ibu ini, saya hanya mengambil produk Alfalfa Complex sahaja. Walaupun bukan set yang optimum, namun ia memberi kesan kepada saya. Penghasilan susu makin bertambah, lebih-lebih lagi kalau saya semakin kerap menyusukan anak atau mengepam susu mengikut konsep ‘demand vs supply’. Saya juga perlu banyak minum air kosong, sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari.

                So far, selama 3 bulan saya mengambil Alfalfa Complex, saya amat berpuas hati kerana Alfalfa Complex bukan sahaja untuk menggalakkan penghasilan susu, tetapi banyak kebaikan lain. 

Antara tip-tip untuk mendapatkan penghasilan susu yang banyak:
- Kerap menyusu anak/mengepam payudara 2-3 jam
- Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter
- Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
- Elakkan diri dari dalam keadaan stress serta sentiasa ceria dan positif
- Menggunakan double electric breastpumps


Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai produk-produk Shaklee, hubungi saya :

Your Shaklee Independent Distributor
SYAREENA 
010-2207981
syareena@gmail.com

No comments:

Post a Comment