Sunday 28 September 2014

[HANYA DENGAN IZIN ALLAH]

Assalamualaikum..

Minggu lepas banyak perkara yang berlaku pada saya.. Yang mana setiap kejadian itu akan berlaku hanya dengan IZIN Allah.. Semua yang berlaku hanya dengan rahmat-Nya.. Perkara-perkara yang terjadi membuatkan saya berfikir, apa sudah cukup ke kebaikan yang kita lakukan, sudah bersediakah kita, setinggi mana kepercayaan kita pada-Nya dsbg..

Okeh, ni saya kongsikan juga sebagai peringatan kepada diri saya..

Seperti biasa, rutin harian saya setiap pagi mestilah hantar anak-anak ke taska dan pergi ke tempat kerja. Malangnya, dek kerana tergesa-gesa, terlupa nak bawa handphone ke tempat kerja. Okey la, xpe, tengahari boleh balik sekejap pergi ambil handphone. Dalam hati dah berniat nak solat berjemaah di masjid berhampiran rumah, tapi suami kata solat sahaja di rumah. Saya xde lah nak membantah. Nak dijadikan cerita, dah dekat nak sampai rumah, baru suami perasan kunci rumah takde. Waktu tu, dah masuk waktu Zuhur.. Maka suami kata 'Kita solat je di masjid dekat rumah'. MasyaAllah, tengok tu.. kita niat je nak menunaikan solat di awal waktu secara berjemaah, then dengan izin Allah, kami dapat solat berjemaah di masjid.. See?? Walaupun perkara tidak diingini berlaku, tapi perkara baik yang lain berlaku.. InsyaAllah, kalau kita berniat baik, setiap perkara itu boleh terjadi jika Allah izinkan..

Kejadian kedua berlaku jumaat lalu.. Tugas saya memerlukan saya bergilir2 dengan rakan setugas untuk bertugas di tempat kerja yang agak jauh. Kami ada 2 tempat bertugas, iaitu satu di bandar Kuching & satu di Kota Samarahan Kuching, kira-kira 30-40km dari rumah. So, hari tu selepas selesai tugas di pagi hari, saya perlu berada di tempat tugas di bandar Kuching. Dalam perjalanan pulang, saya tergerak hati untuk memandu dengan perlahan iaitu 80km/hr di jalan yang lurus, yg pada ketika itu hujan rintik2. Saya terfikir, tak perlu tergesa-gesa kerana waktu rehat hari jumaat yang panjang. Saya jenis suka memandu kereta agak laju iaitu 100-110km/hr (mesti la tgk keadaan jalan serta kebiasaan kita melalui jalan tersebut). Dengan tidak disangka-sangka, kenderaan di depan saya yang jaraknya kira-kira 10-15 meter, berpusing terbabas melintang jalan yang saya lalui. Pada ketika itu, kereta agak banyak, dan tidak ada kereta dekat di belakang kereta saya.. Saya mmg sangat terkejut & segera membrekkan kereta saya sehingga berbunyi tayar kereta. Pada masa itu, saya hanya mampu berdoa agar kereta tersebut berhenti segera serta tidak terbabas ke arah kereta saya & kereta lain.. Saya juga berdoa agar kereta saya dapat dikawal dengan baik, berhenti dan tidak melanggar kereta terbabas itu. Dengan izin-Nya, tiada kejadian buruk berlaku. Semua kereta dapat berhenti tanpa melanggar kereta itu. Dan saya dapat melihat dengan jelas pemandu itu melihat kereta-kereta di belakangnya seperti menunggu masa utk melanggar keretanya.. Memang sangat terkejut & menakutkan sehingga menggigil tangan saya. Saya sangat bersyukur, xde kejadian buruk terjadi.. Bila difikirkan sekiranya Allah tidak menggerakkan hati & fikiran utk memandu perlahan dari biasa serta menjarakkan kenderaan, mmg perkara buruk akan terjadi pada pemandu itu & juga pada saya memandangkan momentum kelajuan kereta, jarak selamat serta impak kemalangan terhadap semua orang pada masa itu..

Kejadian-kejadian ini memberikan banyak pengajaran pada saya iaitu:
1- Jika kita berniat untuk melakukan perkara baik, kita boleh melakukan dengan Izin-Nya walaupun pada masa yg sama mungkin perkara x diingini berlaku.
Bak kata pepatah, setiap perkara buruk berlaku pasti ada hikmahnya.

2- Dengan izin-Nya juga, setiap perkara baik atau buruk boleh berlaku.. seperti kejadian kedua, dengan izin-Nya, saya dan semua terlibat terselamat dari kemalangan yang tidak diingini.

3- Memberikan kesedaran kepada saya, sudah cukupkan amalan baik kita atau banyak tak bantuan @ kebaikan yg dah kita lakukan untuk orang lain sbg bekalan kita di alam satu lagi sekiranya Allah cabutkan nyawa saya ketika itu.


Marilah kita lakukan sesuatu sebaik mungkin hanya kerana Allah, yakin serta bersangka baik dengan Allah walau perkara buruk terjadi kepada kita..

Wallahualam..


Pengedar Sah Shaklee
SYAREENA
010-2207981
FB: www.facebook.com/healthysakura



No comments:

Post a Comment